Janna Nick bawa diri ke Eropah, cari ketenangan selepas kec0h putus cinta

PELAKON dan penyanyi Janna Nick membawa diri ke luar negara bagi mencari ketenangan selepas memuat naik status menggambarkan status hubungannya dengan aktor Dini Schatzmann sudah berakhir.

Janna atau Nurul Jannah Muner, 27, memberitahu ingin mencari ketenangan di negara Eropah ketika bertemu secara tidak sengaja dengan aktres Puteri Sarah Liyana di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Rabu.

“Cari ketenangan… cari ketenangan di Eropah okay,” katanya.

Sementara itu, Puteri Sarah menerusi Instastory miliknya memberitahu terserempak dengan aktres tersebut dan memintanya menjaga diri di tempat orang.

553 (1)

Janna dan Dini dikatakan sudah berpisah.

Janna yang kelihatan sugul dan memakai kaca mata hitam turut dilihat memeluk Puteri Sarah ketika mereka bertemu.

“Boleh pula terjumpa Janna Nick dekat lapangan terbang. Jaga diri di mana mu berada nanti. Love you,” tulisnya.

Terdahulu, Janna Nick menimbulkan spekulasi dalam kalangan peminat apabila memuat naik hantaran seakan-akan memberi gambaran cinta mereka sudah berakhir.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Adam Hasnur (@adamhasn27)

“Kepada kamu, mogakan berbahagia. Kini cinta kita telah berakhir untuk selamanya,” tulisnya.

Janna turut unfollow Instagram Dini namun aktor itu masih mengikuti akaunnya.

Untuk rekod, Janna dan Dini mula menjalinkan hubungan cinta sejak Jun 2019.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : mstar