Hidup Bahagia Walau Bergelar Ibu Tiri, 5 Cara Artis Ini Wajar Kita Contohi!

Istilah ibu t1ri menjadi ketakvtan untuk sesetengah pihak kerana dunia melabelkan status ibu t1ri begitu negatif sekali. Watak b3ngis, jah4t, ant4gonis dan tidak berperikemanusiaan hanya kerana anak-anak ini bukan dilahirkan daripada perutnya sendiri menjadikan mereka sering disalah erti.

Walhal ibu t1ri juga adalah wanita biasa yang punya hati dan perasaan. Sekalipun bukan melahirkan anak-anak suaminya, mereka juga punya naluri keibuan apa lagi melihat anak-anak kecil yang perlukan perhatian.

Mendidik anak-anak t1ri bukan mudah namun ramai wanita bergelar ibu t1ri mampu mendidik dan menjadikan anak-anak t1ri mereka sebagai insan berjaya. Paling penting mereka hidup bahagia dan aman damai.

Lihat bagaimana 5 artis ini mendidik anak-anak dan hidup bahagia bersama suami dan anak-anak t1ri mereka. Nyata, gelaran ibu t1ri hanyalah sekadar gelaran semata-mata. Soal bahagia? Kita yang menentukannya!

1. Datuk Siti Nurhaliza

Contoh terdekat kejayaan mendidik dan membesarkan anak-anak t1ri adalah beberapa artis dan selebriti tempatan kita. Melihatkan contoh Datuk Siti Nurhaliza yang hidup aman damai, penuh kasih sayang bersama anak-anak tir1nya sedikit membuka mata bahawa ibu t1ri bukan untuk dilabelkan sesuka hati dengan watak penuh negatif.

Kelembutan dan kasih sayang ikhlas daripada Datuk Siti Nurhaliza terhadap keempat-empat anak t1rinya, Muhd Anas Zawawi, Muhammad Adib, Muhammad Asyraf dan Muhammad Aazief, menjadikan kisah anak beranak ini wajar dicontohi. Walaupun pernah dilemp4rkan kata-kata fitn4h dan cac1an suatu waktu dahulu, namun beliau berjaya membuktikan bahawa mereka mampu hidup bahagia dan aman damai.

2. Datin Marlia Musa

Kisah dan perkongsian hidup Datin Marlia Musa yang berkahwin dengan komposer tersohor negara, Datuk M.Nasir pada tahun 2000 juga wajar kita jadikan contoh. Perkahwinan M.Nasir yang memiliki lima orang anak iaitu Muhammad Ilham, Muhammad Yasin, Muhammad Hidayat, Muhammad Syafii dan Nilam Sari yang ketika itu berusia 2 tahun menjadikan Marlia ‘ibu segera’ kepada lima orang anak t1ri. Kini setelah 17 tahun, mereka hidup sebagai sebuah keluarga yang utuh dan akrab bersama walaupun hanya bergelar ibu t1ri.

3. Lisdawati

Begitu juga pemilik nama Lisdawati atau nama sebenarnya Nisdawati Nazaruddin. Kata Lisdawati bergelar ‘ibu segera’ bukan sesuatu yang mudah. Sementelah anak-anak tir1nya ketika itu masih kecil. Tetapi bak kata pepatah alah b1sa tegal biasa, dorongan dan sokongan sang suami banyak membantu memainkan peranan dalam membolehkan hubungan Lisdawati dan anak-anak tir1nya menjadi akrab.

Walaupun hanya Faris yang tinggal bersama, namun hubungannya bersama k3semua anak-anaknya yang lain, Fatihah, 21, Farisha, 18 dan Fikri, 15 erat seperti sahabat berkat kasih sayang yang ditunjukkan. Itulah kunci bahagia miliknya.

4. Memey Suhaiza

Tidak terkecuali juga pelakon Memey Suhaiza yang hidup bahagia bersama tiga anak t1rinya. Kabus hitam yang pernah menyelubungi Memey dan Norman Hakim suatu ketika dahulu sudah lama berlalu. Kini, sinar cahaya kebahagiaan melimpah dengan penuh kasih sayang. Malah, mereka antara pasangan yang menjadi contoh kerana mendidik anak-anak dengan baik.

Memey Suhaiza bukan hanya berkongsi bahagia dengan dua anaknya, Muhammad Darwisz Hakim, 4, dan Muhammad Dikhriz Hakim, 2, malah kebahagian tersebut turut dikongsi bersama tiga anak hasil perkahwinan Norman dengan dengan bekas isteri, Abby Abadi iaitu Mohamed Danish Hakim, 14, Marissa Dania Hakim, 12, serta Maria Danisha Hakim, 9.

5. Ashanty

Begitu juga dengan penyanyi Indonesia, Ashanty. Sejak berkahwin dengan Anang Hermansyah, Ashanty bukan hanya menerima cinta Anang bahkan berkongsi kasih dengan dua anak tirinya, Aurel dan Azriel. Akrab sebagai sahabat, Ashanty kerap membela Aurel di laman sosial apabila Aurel kerap dikutuk oleh netizen akan kisahnya saban hari. Itulah kasih sebenar ibu tiri yang wajar dijadikan teladan.

6. Laudya Chintya Bella

Pernikahan Laudya Chintya Bella bersama Engku Emran Engku pada 8 September tahun lalu membawa status ibu tiri baginya. Walaupun bergelar ibu tiri kepada Engku Aleesye namun hubungan dua beranak ini cukup akrab.

Perkongsian gambar-gambar yang dikongsikan di instagram peribadi Laudya jelas membuktikan kebahagiaan keluarga tiga beranak ini cukup akrab.

Sebagai manusia janganlah mudah melabelkan status ibu tir1 sebagai neg4tif dan memandang sinis. Apa ada pada sebuah gelaran? Apa yang lebih penting adalah bagaimana kita harus meneruskan kehidupan setiap hari dengan baik dan memegang amanah dengan sebaiknya. Biarpun bukan dar4h daging sendiri, keikhlasan dan kasih sayang itulah yang menjadi kunci kebahagiaan.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber:Keluarga