Genap 14 Tahun Bina Masjid, Adam Corrie Titip Ucapan Indah Buat Isteri

Pelakon Adam Corrie menitipkan ucapan indah buat isteri tersayang, Fazema Mohd Fuad bersempena dengan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-14.

Sambil menzahirkan rasa syukur, bintang yang sinonim dengan watak aksi dan antagonis itu berterima kasih kerana isteri menerima apa adanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Adam Corrie (@adamcorrielee)

“Alhamdulillah sudah 14 tahun usia perkahwinan kami. Terima kasih Allah kerana kurniakan bidadari yang baik.

“Dan terima kasih bidadari saya kerana menerima lamaran saya 14 tahun yang lepas dalam keadaan saya yang baru kenal Islam, seorang selebriti, berlainan bangsa dan budaya.

“Tapi alhamdulillah bidadari terima saya seadaanya. Malah membantu saya mendalami dan menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim dengan baik selepas SAH menjadi suami isteri,” luahnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Adam Corrie (@adamcorrielee)

Dedikasi tersebut dikongsikan Adam menerusi Instagram hari ini yang dilampirkan bersama foto raja sehari mereka berdua.

Dalam pada itu, Adam turut berdoa semoga masjid yang dibina berkekalan selamanya.

“Alhamdulillah atas berkat sabar dan saling ingat mengingati diri saya dalam semua perkara. Jatuh bangun sentiasa bersama memberi sokongan.

“Semoga Allah SWT memberkati rumahtangga kami sehingga ke Jannah. Aamin allahumma aamin,” tulisnya lagi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Adam Corrie (@adamcorrielee)

Imbas kembali, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 21 november 2008 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Adam Fateh Lee yang kini berusia empat tahun.

Adam Fateh dilahirkan delepas 10 tahun penantian mereka menantikan kelahiran cahaya mata.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : MH