Puteri Sarah rindu masak untuk Syamsul Yusof

Umum mengetahui pasangan suami isteri iaitu pelakon Puteri Sarah Liyana dan pengarah terkenal, Syamsul Yusof kini sedang dilanda badai. 

Sampailah sekarang, masih belum lagi isu mereka berdua ini dapat diselesaikan.

Bercakap menerusi satu temubual, dapat dilihat sebenarnya Puteri Sarah Liyana sebenarnya amat rindui hubungan dan kebahagiaan yang pernah dilalui bersama Syamsul yusof. 

Puteri Sarah Liyana mengaku rindu meluangkan masa untuk memasak kepada suaminya itu.

Hal ini dinyatakan Puteri Sarah dalam tembual eksklusif bersama Neelofa iaitu rancangan Next To Neelofa.

“Setiap kali sebelum nak masak, saya akan baca selawat dan akan berdoa iaitu ya Illahi, berilah suami saya sayang diri ini, saya tahu suami saya selalu penat bekerja, itu semua saya ada cakap.” 

“Ketika berjalannya PKP, dari saya mula tak berapa pandai memasak, lepas tu terus saya jadi macam restaurant dah sekarang. Okey pada hari ini pulak nak makan apa? Saya suka masak ala-ala kham heong, butter chicken macam tu.”

Sebelum ini, Puteri Sarah Liyana memberitahu dia akan rasa amat pvas apabila suaminya, Syamsul Yusof ada memuji masakannya. 

“Saya suka bila dia makan, kemudian dia ada puji masakan saya tu, dia cakap sedap dan dia habiskan semua lauk saya masak. Memang saya happy sangat. Saya rasa pvas hati dapat masak sedap untuk suami.”

“Memang bagi saya perkara itulah yang betul apabila kita masak dengan penuh kasih sayang. Jika dia puji kita tu, memang masa tu kita rasa macam tak perlu benda lain dah, hanya nak pujian dari suami saja.” 

“Bila dia ada memuji masakan saya, hal berkenaan dah membuatkan hari saya tu cukup indah.”

Kemudian, Neelofa ada bertanya sama ada Puteri Saraj Liyana merindui detik berkenaan, memasak dan dipuji suaminya. 

Puteri Sarah kemudian dilihat mendiamkan diri sektika, mengambil masa, dan kemudian berkata ye betul dia amat merindui moment berkenaan. 

Itulah sedikit kisah yang dibicarakan menerusi temubual bersama Puteri Sarah Liyana dalam rancangan Next To Neelofa.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : mstar