Peribahasa Melayu ‘Tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia’ itu antara peribahasa yang melambangkan betapa seorang wanita bergelar ibu, meskipun di luarnya mempunyai sifat lemah lembut namun bukanlah suatu yang must4h1l dapat menyumbang tenaga yang luar biasa untuk keluarganya bahkan sekali gus untuk negara.
Inilah yang dapat dikaitkan dengan kisah seorang ibu tunggal ini dalam membesarkan anak-anaknya. Sungguh untuk dia menjadi ibu dan dalam masa yang sama menjadi bapa untuk mencari rezeki, bukanlah mudah.
Namun demi anak-anak, ibu ini kuat dan perkara inilah yang dilakukan oleh pemilik akaun TikTok @nur87ladytruckers. Wanita yang dikenali sebagai Nurazlinda Mahadi memilih untuk menjadi seorang pemandu lori kontena bagi menyara lima orang anaknya itu.
“Saya seorang pemandu lori kontena. Sayalah ibu dan sayalah ayah kepada lima orang cahaya mata,” kata Nurazlinda melalui video yang dikongsikan.
Ketika berada di rumah, Nurazlinda akan menjadi seorang ibu kepada anak-anaknya, yang terdiri daripada seorang anak lelaki dan empat anak perempuan.
VIDEO
@nur_ladytruckers bismillah As’salamualaikum slmt mlm,pdm blik vdeo td,trlepas pndang td,DH ttp🙋post blik🤭slmt.mlm²#1malaysia #indones #doaselalu #fyp ♬ original sound – Nur@ladytruckers👸🏼87 – NUR@LADYTRUCKERS👸🏼🚛
Namun, watak ibu itu sekelip mata berubah ketika dia berada di luar rumah, di mana wanita berpurdah ini mencari rezeki dengan melakukan tugas seorang bapa iaitu sebagai pemandu lori kontena.
Kisahnya ini cukup memberi inspirasi buat wanita yang lainnya, hinggakan setiap kali berkongsi video berkenaan kerjayanya sebagai pemandu kontena sering mendapat perhatian dan pujian daripadan warganet.
Komen netizen:
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : keluarga.my