“Macam Abang Dengan Adik Je..” Terlalu Awet Muda, Gelagat Hisyam Hamid Dan Anak Raih Perhatian

Hisyam Hamid Awet Muda, Macam Rakan Sebaya Anak Je

Hisyam bin Hamid atau nama popularnya Hisyam Hamid merupakan seorang pelakon yang sering menjadi perhatian ramai.

Muat naik video pelakon kelahiran Singapura ini sedang bergurau dengan anak perempuannya, Nurish Syameliah, 16 membuatkan wargamaya teruja.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Hisyam Hamid (@hisyamhamid7)

Pelakon yang berusia 36 tahun ini yang mencipta nama menerusi drama Ariana Rose itu kelihatan sedang melayan anaknya yang menunjukkan suatu permainan yang mengunakan jari.

Dengan kapsyen ringkas mengatakan dia tidak mengetahui apakah jenis permainan itu, kelihatan tetap melayan anaknya.

Gelagat mereka bagaikan rakan baik menjelaskan bahawa hubungan ayah dan anak ini begitu mesra. Malah, wajah Hisyam yang santai melayan anaknya itu membuatkan wargamaya terhibur.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Hisyam Hamid (@hisyamhamid7)

DAH MACAM ADIK BERADIK DAN RAKAN SEBAYA 

Meninjau di ruangan komen, rata-rata wargamaya terhibur dengan gelagat dua beranak itu. Bagaikan kawan, ramai yang memuji mereka ini bagaikan adik beradik. Malah lebih lucu ada yang bagaikan pasangan kekasih.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber:Keluarga