Lakonan Ummi Nazeera tidak perlu dipertikaikan lagi, malah rata-rata berpendapat Ummi merupakan antara aktres berbakat besar yang ada dalam industri seni tempatan.
Terbaharu, lakonan Ummi atau nama sebenarnya, Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abidin, 32, menerusi drama Rindu Kasih mendapat perhatian ramai lebih-lebih lagi dalam bab4k perg4duhannya dengan ibu mentua lakonan Fazlina Datuk Ahmad Daud.
Berkongsikan video babak tersebut di laman Instagram miliknya, Ummi mengakui adegan itu antara yang paling sukar pernah dibawakannya sepanjang bergelar anak seni.
“Watak ini sebenarnya memang sangat berat sebab pender1taan dia bertalu-talu.
“Ada juga yang Ummi baca komen tengah melalui apa yang Ina (watak Ummi) rasa.
“Semoga Allah permudahkan urusan semua dan buka pintu hati ibu mentua all of you,” tulis Ummi di ruangan kapsyen.
View this post on Instagram
Menjenguk ke ruangan komen, ramai netizen serta rakan artis mengagumi bakat yang dianugerahkan kepada Ummi yang disifatkan pelakon serba boleh.
“Multiple emotions in one sh0t. You set the bar high,” komen pelakon dan penyanyi Alif Satar.
“You’re so good!” coret pelakon Catriona Ross Bahrin.
“Superb acting,” titip pelakon Dynas Mokhtar.
“Tahniah Ummi, saya bangga dengan awak for Salina. S4kit saya menulis skrip ini terbayar dengan persembahan Ummi, Alhamdulillah,” komen penulis skrip drama tersebut, Noradlie.
Sementara itu, suami Ummi, Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khani turut berbangga dengan 4ksi cemerlang isterinya malah percaya Ummi berpotensi meraih trofi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik tahun hadapan.
“Kalau ini tak menang anugerah pelakon wanita terbaik tahun depan, korang cakapla kat saya. Saya sendiri yang akan buat award tu kasi kat dia,” tulis Dr Izzar menerusi kapsyen video di laman TikTok miliknya.
@izzaranwari Benda boleh gaduh, buat apa nak baik2? Dari seorang yang baik innocent, terus meletup disebabkan oleh dendam kesumat orang lain. Kesian Salina. Kalau ini tak menang anugerah pelakon wanita terbaik tahun depan, korang cakapla kat saya. Saya sendiri yang akan buat award tu kasi kat dia. p/s : Macam lebih 10 minit scene ni sahaja. Editor pun mesti taknak cut banyak2 takut terlepas intipati2 penting. Terbaik editor @Nazeera Ummi #fyp #rindukasih ♬ Munajat – DAQMIE
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber: MH