Peguam yang mewakili penyanyi, Baby Shima, Muhammad Noor Azfar Noor Azmi berharap agar semua pihak tidak membuat andaian melvlu dengan mengatakan anak guamnya sengaja ingin mencipta kontr0versi demi menaikkan nama.
Menurut Azfar, dia sendiri menasihati Baby Shima untuk membuat laporan polis terhadap pihak penganjur yang telah menggunakan gambarnya tanpa kebenaran demi kepentingan peribadi.
Katanya lagi, sekiranya perkara ini tidak dibendung, ia berkemungkinan bakal berulang lagi pada masa akan datang.
“Bagi saya, anggapan-aggapan seperti ini sememangnya tidak patut. Lagi-lagi bila nama artis atau penggiat seni ini telah didaftarkan. Jadi, individu-individu seperti ini tidak boleh dipertahankan dan dibiarkan untuk melakukan hal ini.
“Lebih-lebih lagi untuk menguntungkan diri sendiri atau apa-apa program yang mereka anjurkan. Saya nasihatkan Shima untuk buat laporan ini sebab kita mahu mereka ini berhenti menggunakan nama mana-mana anak seni untuk kepentingan diri sendiri.
“Jadi, kita kena serius dalam hal ini. Oleh itu, kita minta pihak polis untuk mengambil tindakan,” katanya kepada MH.
Sementara itu, Shima pula memaklumkan dirinya sudah pun lali kec4man-kec4man yang sering dilemp4rkan netizen terhadap dirinya.
“Bagi saya, kita tak boleh nak tutup mulut orang. Buatlah apa sahaja, pasti ada sahaja yang tak kena. Sebagai contoh, baru-baru ini, saya ada memuat naik video bermanja-manja bersama kucing tapi hasilnya masih sama.
“Saya tetap terima kecaman daripada bermacam-macam orang. Apa yang saya perasan, bukan saya seorang sahaja yang kena. Nealofa yang menutup avrat itu pun tetap kena kec4m dengan netizen,” katanya.
Tambah penyanyi Bang Jamal ini lagi, dia lebih selesa menjadi diri sendiri tanpa menghiraukan tanggapan orang lain terhadap dirinya.
“Zaman sekarang ini, orang ramai dah terbiasa dengan perbuatan kec4m meng3cam ni. Bagaimanapun, saya tetap dengan pendirian untuk tidak mengambil pusing dengan apa yang orang luar perkatakan.
“Saya dapat buat apa yang saya mahu kerana saya menjadi diri sendiri. Kalau nak menari di Tik Tok saya akan menari. Kalau nak buat konten yang menghiburkan orang, saya akan buat.
“Namun, apapun yang saya buat, tetap kena kec4m. Jadi, saya memilih pendekatan untuk membiarkan sahaja apa orang nak cakap. Apa yang penting, kita tak ganggu orang,” ujarnya lagi.
Terdahulu, satu laporan polis telah dibuat oleh Shima pada Jumaat terhadap seorang penganjur majlis yang didakwa telah menggunakan namanya tanpa kebenaran bagi tujuan promosi.
Malah, Shima turut memaklumkan isu tersebut telah pun berlarutan sebanyak tiga kali.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber: MH