Masih Subur Dan Boleh Hamil, Tapi Mas Idayu Tak Mahu. Ini Pended4hannya

Penyanyi dangdut terkenal, Mas Idayu sememangnya sedang diulik bahagia apabila berumah tangga semula pada 15 September lalu selepas 15 tahun hidup solo.

Majlis perkahwinan Mas Idayu dengan Penerbit Eksekutif TV3, Muhammad Sufian Che Isa, 51 telah dinobatkan sebagai antara ‘wedding of the year’ selepas mendapat tajaan RM7 juta.

Namun begitu, penyanyi tersebut pernah memaklumkan tidak bercadang mempunyai anak atas faktor usia masing-masing.

Memetik laporan dari Harian Metro, pemilik nama sebenar Masidayu Mesnun itu menjelaskan sebenarnya dia boleh sahaja h4mil tetapi memilih tidak atas faktor kesihatan.

“Dari dulu lagi saya nak anak lelaki dan saya sukakan kanak-kanak. Namun, di usia sekarang ini saya perlu elakkan daripada terd3dah dengan risiko yang boleh membahayakan diri.

“Bukan peluang (h4mil) itu tiada, tapi saya sedikit menghalang supaya saya kekal sihat. Lagipun saya kahwin ini untuk gembira, bahagia serta saling menjaga antara satu sama lain. Bukan kahwin untuk s4kit.

“Alhamdulillah suami pun faham dan dia sendiri mengaku jika saya h4mil akan membahayakan diri saya,” katanya.

Mengaku dirinya masih subur, penyanyi berkenaan mengatakan yang dia dan suami sama sekali tidak menolak rezeki daripada Allah S.W.T tetapi jika boleh dirancang, diaa memilih untuk tidak h4mil lagi.

Bayangkan kalau saya dikurniakan anak, dengan usia yang semakin bertambah dan tua serta risiko lain yang perlu saya hadap.
“Macam mana saya nak jaga anak. Kalau saya tiada macam mana? Banyak faktor yang kami berdua fikir, tapi kami tak pernah menolak rezeki Allah,” katanya.

Untuk makluman, Mas Idayu dan Sufian telah melangsungkan pernikahan pada 15 September 2022. Mereka telah disatukan selepas beberapa bulan menjalinkan hubungan.

Pada tahun 1997, penyanyi lagu Selangit itu pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Aman Gaseka dan dikurniakan seorang cahaya mata,  Nur Dayini Ashiqah, 25, sebelum bercera1 pada 2006.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: Harian Metro (Najiy Jefri)