Nama pasangan personaliti media sosial terkenal dengan saluran Duriankimchi iaitu Ryzal Ibrahim dan Maryam You Narae tidak perlu diperkenalkan lagi terutamanya ada sahaja keletah mencvit hati dilakukan oleh wanita berasal dari Korea Selatan ini.
Malah, Maryam juga seringkali membuat sesi siaran langsung ketika sedang memasak atau sekadar suka-suka sahaja bagi meluangkan masa bersama peminatnya di media sosial.
View this post on Instagram
Terbaharu, Maryam menjawab satu soalan yang diajukan oleh pengikutnya di laman TikTok DurianKimchi. Namun, jawapan yang diberikan oleh Maryam berjaya menarik perhatian ramai.
View this post on Instagram
Macam mana nak dapat suami handsome?
Menerusi video dikongsi oleh pengguna dikenali Hani Aqilah, seorang pengikut bertanya kepada Maryam mengenai tips mendapat suami kacak.
“Maryam, macam mana nak dapat suami handsome?”soal pengikut.
Sebaik sahaja mendapat soalan berkenaan, Maryam berseloroh dengan mengatakan mereka bertanya kepada orang yang sal4h.
“Hmm, itu kalau saya tahu you think (awak rasa) saya kahwin dengan Nik Muhammad Ryzal?”seloroh Maryam.
View this post on Instagram
Malah, ibu kepada anak seorang itu turut berseloroh dengan memberitahu sekiranya dia tahu cara untuk dapatkan lelaki kacak sebagai suami, pastinya sudah berjaya dapat individu sekacak selebriti Korea Selatan.
“Kenapa tanya saya? Saya tak tahu. Kalau saya tahu, bolehlah ambil Park Seo-joon ke BTS ke..”katanya.
@qijama Pecah perut tgk live dia 🤣🤣 Abaikan suara aku 🤣🤣 Abaikan jgk caption yg salah2 tu hahaa #duriankimchi #maryam #rizal #CapCut ♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey
Jangan tag suami saya
Video berkenaan mendapat perhatiannya semula dan berseloroh supaya pengguna TikTok tersebut tidak ‘tag’ suaminya, Ryzal.
Bukan main jujur lagi dia
Malah. rata-rata netizen terhibur dengan jawapan yang diberikan oleh Maryam apabila ditanya tips mendapatkan suami kacak.
Menangis Ryzal dengar, dia ada tak kat situ?
Selain itu, mereka juga bertanya sama ada Ryzal berada di samping Maryam atau tidak sewaktu dia bertanya menjawab soalan tersebut.
Sekadar info, Ryzal dan Maryam berkahwin pada 15 Ogos 2019 selepas setahun mengenali hati budi masing-masing. Mereka berdua dikurniakan seorang cahaya mata comel iaitu Nik You Rina.
View this post on Instagram
Sumber: Instagram @maryamyunrrr, TikTok @qijama
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber: OMM