1) Adik-Beradik Perempuan Fattah Amin
Tampil bak Puteri Gunung Ledang bersama puteranya, Fattah dan Fazura kelihatan begitu cantik sekali dengan persalinan songket ringkas rona kebiruan dalam majlis yang diadakan di Royal Palace, Shah Alam.
Seperti sebelum ini, foto-foto pasangan ini telah memenuhi laman maya terutama sekali instagram dan dalam banyak foto turut terakam ketika majlis ini adalah gambar keluarga Fattah Amin. Gambar inilah yang menarik perhatian netizen di media sosial malah menimbulkan tanda tanya.
Bersama tiga adik perempuan dan ibu yang tampil bertudung labuh, ramai yang seakan tidak percaya.
Tapi inilah ahli keluarga Fattah Amin. Fattah mempunyai tiga adik perempuan, Farhana, Raihan dan Intan serta seorang lagi adik beradik lelaki, Farhan.
Sebelum ini ada juga Fattah berkongsi gambar mereka sekeluarga di instagram.
Bersama ibunya Azizah Abdul Ghani mereka ini sebenarnya selalu saja menghadiri majlis yang dianjurkan oleh pelakon terkenal ini cuma mungkin ramai yang tidak mengenali.
Melihat penampilan adik beradik terutama adik perempuan Fattah yang manis bertudung litup, ramai juga yang mendoakan agar satu hari Fazura akan mengikut jejak adik-adik iparnya. Kita doakan ya.
2) Adik Beradik Mira Filzah Yang Terlajak Ayu
Siapa yang tak kenal Mira Filzah. Pelakon yang tampil sentiasa ayu dan cantik dengan senyuman. Senyuman yang manis membuat ramai lelaki cair. Tapi jarang kita lihat gambar adik dan kakak Mira yang Cun Habis.
Mira yang mula popular selepas berlakon dalam drama bersiri Cinta Si Wedding Planner telah melonjakkan namanya sehingga dia berjaya merangkul Artis Baru Popular ketika Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH29) dan juga Artis Baru Meletop ketika malam Augerah MeleTop Era dahulu.
Namun, pasti ramai yang tidak pernah melihat wajah adik beradik Mira yang persis sepertinya. Jom kita lihat gambar adik beradik Mira yang cun-cun semuanya.
Mira Filzah merupakan anak kedua dari 3 orang adik beradik. Kesemuanya perempuan. Kakak sulungnya telah berkahwin.
3) Adik Beradik Che Ta Yang Hot dan Menawan
Adik Beradik Che Ta Yang Hot dan Menawan Makan Di Restoran Mewah | Adik-beradik Rozita Che Wan semuanya lawa-lawa. Baru-baru ini Rozita atau mesra dikenali sebagai Che Ta telah memuat naik gambar adik-beradik perempuannya ketika berkumpul di sebuah restoran.
Kenali Adik Beradik Che Ta Yang Hot dan Menawan
Okay. Dari kiri, Rubytah, Rahimah, Raudhah, Rozita dan Rohaiza.
Untuk pertemuan mereka ini, masing-masing mengenakan busana kasual rona hitam.
4) Elfira Loy dan Esliza Loy
5) Shila Amzah dan Syada Amzah
Baru-baru ini, adik kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Syada Amzah telah menyambut hari lahirnya yang ke-18.
“I look at you and I do not see the passage of time. I see my little girl playing dress up, running through the yard, playing on a swing.
6) Syatilla Melvin & Syifa
Syatilla Melvin atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla binti Amirol Melvin sebenarnya merupakan salah seorang finalis Dewi Remaja 2009/2010 bersama-sama dengan Neelofa, Izara Aishah dan Anzalna Nasir. Namun nama Syatilla semakin dikenali selepas berkahwin dengan pelakon yang popular di Malaysia iaitu Shaheizy Sam.
Syatilla merupakan anak kedua daripada lima orang adik-beradik, bapanya berketurunan Jepun manakala ibunya berketurunan Melayu. Saudara perempuannya ialah Siti Nur Syafiqa Amirol Melvin merupakan pemenang tempat kedua rancangan Gadis Melayu.
Ibu kepada seorang cahaya mata ini baru sahaja bercuti bersama keluarga ke Kota London dan jika dilihat pada Instagramnya, Syatilla banyak muat naik gambar yang cantik-cantik di sana. Ada satu gambar yang mencuri perhatian kami tatkala terlihat adiknya yang dikenali sebagai Syifa.
Wajah Mirip Syatilla Melvin
Syatilla tidak mempunyai saudara kembar, namun jika anda lihat gambar-gambar Syifa ini, wajah mereka berdua memang seperti saudara kembar.
Syifa Melvin atau nama sebenarnya Nur Syifa Athirah Amirol Melvin, 22, merupakan pelajar Diploma Komunikasi Massa di Segi University College ini juga minat dalam dunia lakonan namun kami lihat Syifa tidak seaktif kakaknya Syatilla. Tapi wajah mereka memang sama kan?
7) Heliza Helmi Dorong Adik Jadi Aktivitis Kerja Amal
Pengacara dan usahawan, Heliza Helmi, 31 telah banyak mendorong adiknya Hazwani Helmi, 19, menyertai kerja-kerja amal dan program motivasi di sekolah mahupun di universiti.
Menurutnya, Hazwani mempunyai personaliti yang bersahaja dan mudah mesra dengan semua orang dalam pelbagai acara.
“Adik saya masih lagi belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), saya kerap membawa dia ke majlis amal dan program motivasi.
“Ia sedikit sebanyak dapat membantu Hazwani lebih berani untuk berkomunikasi dan mendengar permasalahan orang lain.
“Sekiranya saya tidak mampu untuk lakukan atau tiada di dunia ini, bolehlah Hazwani menjadi pelapis saya untuk menguruskan semuanya.
“Saya yakin dia mampu buat lebih daripada apa yang saya lakukan sekarang ini,” kata Heliza ditemui Astro Gempak baru-baru ini.
Tambah Heliza lagi, selain bekerjasama dengan adiknya dalam pelbagai urusan kerja seperti perniagaan dan motivasi.
Hazwani juga seorang kreatif memberi idea terutama untuk mempromosikan program-program yang diamanakah oleh penganjur.
“Saya nampak potensi adik saya ini lebih ke depan berbanding dengan kemahiran yang saya ada.
“Hazwani ni walaupun masih muda, idea-idea yang diberikan untuk mempromosikan sesuatu program sangat bagus dan diterima pakai.
“Oleh sebab itulah, saya selalu bawa dia ke mana saja untuk membantu buat kerja-kerja amal agar bakat yang dia ada itu tidak disia-siakan.
“Saya sentiasa mendoakan terbaik buat Hazwani, dan saya harap dia akan berjaya dalam apa jua bidang yang dia ceburi, Insha Allah,” katanya. –SL
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : GengJoyah