Pelakon Emma Maembong mended4hkan yang dia tidak akan selamanya berpenampilan tidak menutup aurat.
Sebaliknya, pelakon yang baru-baru ini muncul dengan telefilem Nyang itu mengakui mahu kembali bertudung, sama seperti penampilannya yang terdahulu.
“Memang bagi setiap wanita yang beragama Islam, masing-masing mahu menjadi baik dan menuju ke arah kebaikan. Sama juga dengan saya.
“Tiada sesiapa yang mahu buat hal-hal yang tidak baik dan kekal dengan imej yang macam ini (tidak menutup aurat)”, katanya kepada Gempak.
Emma mengulas mengenai komen-komen netizen mengenai penampilannya yang masih s3ksi, terutama di media sosial.
Berbicara lanjut, Emma menegaskan yang dia pasti akan kembali kepada imej asalnya sebelum ini yang pernah memilih untuk menutup aurat dan mengenakan tudung selama sekitar lima tahun.
“Dulu saya pernah pakai tudung, insya-Allah satu hari nanti, saya pasti akan ke arah itu semula. Bila tiba masanya saya akan pakai (tudung).
“Saya takkan macam ni sampai tua. Saya pun nak juga ke arah kebaikan kerana saya bukannya makin muda,” jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Emma bakal mengisi kerusi penjurian TMSMY3 bersama Zul Ariffin, Sharnaaz, Ella, Elly Mazlein, Didie Alias, Shuib Sepahtu dan Atu Zero yang dijadualkan bersiaran pada 23 Disember depan di Astro Warna.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : https://gempak.com/