Benarlah kata orang, rindu yang tidak tert4nggung adalah rindu kepada mereka yang sudah pergi meninggalkan dunia yang fana.
Genap tiga tahun kehilangan anak kedua iaitu Muhammad Syakir Alif Johan, penyanyi Datuk Nora Ariffin berkongsikan luahan hatinya di laman Instagram.
Antara lain, dia sentiasa mendoakan kesejahteraan Allahy4rham anaknya di sana.
“14 Dec 2019, genap tiga tahun berlalu, seperti masih baru. Masih segar di ingatan, belum luput daripada pandangan… rindu tak pernah pad4m.
“Moga anakanda Alif tenang di sana. Mama redha pada Alif. Moga syurga tempat istirehatmu dan kita smeua.
“Al-Fatihah buat anakanda Alif Johan dan semua yang telah terdahulu pergi meninggalkan kita,” coret Nora di ruangan kapsyen.
Dalam perkongsian itu, Nora memuat naik video kenangan bersama Allahy4rham Alif selain foto pusara anaknya.
View this post on Instagram
Ketika kunjungannya ke pusara Alif, Nora turut membawa skrol Diploma Perfileman yang diterima bagi pihak Alif baru-baru ini.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber: MH