Che Puan Syamim Farid Buat Pended4han Tak Pernah Makan Nasi Selama 9 Tahun

Pelakon dan hos, Che Puan Syamim Farid mended4hkan dirinya sudah sembilan tahun tidak jamah nasi sebagai salah satu cara diet yang diamalkan.

Bintang drama Cinta Tiada Ganti itu mengakui perkara berkenaan menerusi aplikasi soal jawab bersama para pengikutnya di Insta Storis miliknya, awal semalam.

Selain nasi, Syamim juga berpantang beberapa makanan lain seperti ayam, daging, menu berminyak dan gula.

“Saya tak makan nasi dah 9 tahun,” tulisnya apabila ditanya mengenai perkara berkaitan.

Sementara itu menerusi aplikasi sama, pemenang tempat kedua Pencarian Dewi Remaja 2015 ini turut ditanya apakah menu lain yang tidak dijamah selain nasi.

“Ayam, daging, oily food, sugar. One thing about me, bila saya dah mula sesuatu, saya akan buat betul-betul. Self-decipline. No cheat day. Nak berhenti makan sesuatu tu memang susah.

“But think about yourself, you jaga diri you, jaga makan bukan untuk orang lain. Untuk diri-sendiri. Kalau sayang diri, eat healty food,” tulisnya lagi.

Syamim turut berkongsi beberapa sebab dia memilih untuk tidak mengambil makanan ruji rakyat Malaysia itu.

Terdahulu, Syamim mendirikan tumah tangga bersama suami, Tengku Ezrique Ezzuddean Tengku Ardy Esfandiari pada 19 Mac 2016.

Foto: Instagram Syamim Farid

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: MH