Penyanyi yang kini sedang bersaing menerusi program Famili Duo, Siti Nursairah Tarudin memohon doa yang baik-baik selepas mengesahkan dia kini sedang h4mil anak kelima selepas dua kali kegugvran.
Siti Sairah, 38, berkata dia berdoa semoga fasa keh4milannya kali ini berjalan dengan lancar.
“Dapat tahu (h4mil) minggu lepas. Harap dipermudahkan. Usia keh4milan saya masih belum dapat pastikan lagi kerana belum berjumpa dengan doktor.
“Sebelum ini saya sudah dapat agak dan ada kongsikannya kepada suami dan kakak, Siti Saida. Lalu saya lakukan ujian keh4milan dan alhamdulillah positif.
“Saya dan suami terima dengan hati terbuka, ini rezeki. Cuma pada awal keh4milan ini, saya mula alami alahan. Harap dipermudahkan sampailah bersalin, insya-Allah,” katanya.
Adik kepada penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza ini juga mengakui dia kegugvran kali kedua pada awal tahun ini.
“Apabila kembali h4mil, memang saya risau juga memandangkan usia kandungan masih lagi baru.
“Malah sebelum ini pun doktor meminta saya untuk betul-betul menjaga selepas dua kali gugvr. Saya harap kali ini ada rezekilah,” katanya lagi.
Untuk rekod, Sairah dan suami, Mohd Sharidan Johari, 35, mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Siti Nurkhalishah Alisha.
Menerusi perkahwinan pertama, Sairah dikurniakan tiga anak iaitu Ummi Umairah, Ahmad Daiyan dan Ahmad Aisy.
Sementara itu, menerusi saingan minggu kedua Famili Duo yang bersiaran secara langsung dari Sri Pentas 2, Shah Alam malam tadi, Saida dan Sairah menduduki markah terendah dengan 38.2 peratus.
Pasangan adik beradik yang digelar Siti Sisters itu membawakan lagu Kejora Ku Bersatu yang dipopularkan oleh Search.
View this post on Instagram
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : MH