“Ujian satu family….,” – Keluarga rugi RM12,000 dit1pu pakej kahwin

Sebuah keluarga mend4kwa kerugian RM12,000 akibat dit1pu dengan pakej kenduri kahwin yang ditawarkan oleh sebuah pengusaha katering di Kedah semalam.

Kakak kepada pengantin, @leenora.co mended4hkan bahawa ini adalah kali pertama dia sekeluarga tertipu dengan pakej katering dan pakej pengantin sekali gus menyebabkan mereka mengalami kerugian besar.

“Hari ini merupakan majlis perkahwinan adik saya tetapi sebarang persediaan masih belum dibuat. Individu yang membuat perjanjian dengan pengantin juga sudah melarikan diri, dan tidak dapat dihubungi.

“Berkat bantuan daripada abang-abang ipar dan anak-anak buah merayu-rayu dan membuka khemah di majlis perkahwinan orang lain lalu memasangnya di sini barulah khemah dapat didirikan,” katanya menerusi hantaran video dimuat naik di akaun TikToknya.

Tambahnya, proses memasang khemah agak memakan masa kerana mereka juga tidak berpengalaman dan tidak tidur sehingga siap pada waktu pagi itu.

“Kami juga terpaksa mencari pelamin dan membayarnya semula serta merayu kepada mereka agar memasangnya secepat mungkin dan pukul 4 pagi barulah ia siap dipasang.

“Bayangkan jika perkara ini berlaku kepada orang lain yang langsung tidak memiliki duit modal tambahan, bagaimana agaknya mereka hendak langsungkan perkahwinan dengan persiapan yang tidak lengkap dan ketiadaan hidangan makanan,” katanya.

Jelasnya, pihak mereka sudah membuat laporan p0lis dan ternyata ramai m4ngsa yang telah tert1pu dengan pakej ditawarkan oleh pihak tersebut.

“Selepas daripada k3s itu, kami segera membuat laporan p0lis dan ternyata sudah terdapat lima k3s dilaporkan terhadap kesalahan sama serta tempat yang sama,” katanya.

Seorang pengguna media sosial yang sama, @naimahsaad5002 berkata anak saudaranya juga pernah tert1pu pada tahun lepas oleh pihak katering di Kedah.

“Serupa kejadian seperti ini. Huru-hara jadinya sebab pada hari kenduri, pihak katering tidak muncul,” katanya.

@leenora.co Kesian nyer baru nak balik relex2 pakage ambik full last skli apa pon tak ada 🥲 ujian satu family tak tido kena cari semua untuk teruskan majlis hari ini #viral #pengantinditipu ♬ original sound – LEENORA by lynnahmad

Dalam pada itu, @leenora.co sempat berpesan kepada bakal pengantin agar menjadikan kisahnya sebagai satu pengajaran dalam memilih pakej perkahwinan kelak.

Hantaran tersebut telah meraih sebanyak 86,100 tanda suka dan 1,300,000 jumlah tontonan setakat ini.

Komen netizen:

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : kosmo.com.my