Berniat hanya untuk meraikan ibu dan bapa mentuanya, namun netizen telah tersalah anggap dengan penyanyi Nourul. Terdahulu,Nourul atau nama sebenarnya Noorulhuda Abdul Wahab dilihat meraikan sambutan Krismas seperti yang dikongsikannya di Instagramnya.
Walaubagaimanapun, beberapa netizen mempersoalkan imannya sebagai orang Islam. Kemudian Nourul menjelaskan kepada semua peminatnya bahawa dia dan keluarga sekadar meraikan kegembiraan dengan memberi hadiah memandangkan kedua mentuanya juga tidak lagi terlalu mengamalkan ajaran Kristian.
“Saya tak pernah meletakkan agama jauh dari fikiran dan hati. Itu peribadinya Tuhan sahaja yang tahu. Kamu yang menghukvm itu, terimalah nanti,” tulisnya di instagram peribadinya.
Mungkin rasa terlvk4 dengan dengan pelbagai tudvh4n dan kec4man netizen, Nourul tidak dapat memaafkan kepada semua menvduhnya. Dalam muatnaik terbarunya di Instagram, Nourul juga menyelar sesetengah pihak yang bertudung dan juga beribadah namun masih mengumpat dan mengeji orang lain.
“Merangkak lah kamu nanti di sana mencari aku, Dah beribu kali dha cakap. Tidak saya ampunkan. Kita semua ada basic agama. Mengumpat, mengeji itu dilarang. Tapi tetap dibuat. Itu sebabnya saya tak maafkan.”- tulisnya.
Terdahulu, Nourul berkongsi video tangkap layar beberapa netizen yang mengemukakan permohonan minta maaf kepadanya. Namun Nourul enggan untuk menerima permohonan maaf mereka.
Untuk info, sejak September tahun lalu, Nourul sekeluarga membuat keputusan untuk berpindah dan menetap di pulau per4nginan Bali, Indonesia demi pendidikan dan masa depan anak-anaknya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Murai