Lumrah apabila tiba hari ulang tahun anak-anak, setiap pasangan ibu bapa pastinya mahu sambut detik indah itu bersama. Bukan sahaja dapat niat sedekah makanan bersama jiran dan ahli keluarga, malah moment keraian itulah yang bakal jadi kenangan hingga selama-lamanya.
Ibu bapa mana tak teruja untuk menyambut hari kelahiran anak buat kali pertama. Pelbagai persiapan diadakan bagi memenuhi impian anaknya. Paling dititik beratkan adalah minat anaknya terhadap sesuatu animasi ataupun kartun yang turut dijadikan sebagai tema majlis untuk memastikan anaknya teruja.
Samalah seperti wanita bernama Athirah Jafar ini, yang telah buat persiapan sejak sebulan lepas untuk menyambut hari ulang tahun pertama bayinya Sabtu lalu. Majlis bertemakan animasi popular ‘Cocomelon’ itu, turut diraikan oleh ramai kenalan dan sanak-saudara. Dia malah sempat menitipkan doa, agar si cilik bernama Muhammad Haider Yusuf itu agar menjadi anak yang soleh, bijak selain selalu taat kepada orang tuanya.
Kisah wanita ini pastinya mengvndang seb4k. Setelah sebulan bertungkus lumus membuat persiapan untuk meraikan ulang tahun anak yang pertama yang bertemakan Cocomelon, keesokan harinya dia pergi men1ngg4lkan permata hatinya itu.
Ucapan Hari Lahir
Selepas majlis sambutan hari lahir yang turut diraikan oleh sanak saudara dan kenalan, wanita yang bernama Athirah Jaafar ini sempat menitipkan ucapan dan doa buat permata hatinya, Muhammad Haider Yusuf di laman sosial.
Dijemput Ilahi Sehari Selepas Sambutan Ulang Tahun Anak
Tiada siapa dapat menduga, baru terlakar detik bahagia tiba-tiba bertukar sed1h. Perkhabaran bahawa Athirah Jaafar telah men1ngg4l dunia selepas pengs4n ketika berada di tempat kerja sebelum di bawa ke salah sebuah pusat perubatan di Sarawak telah di sampaikan oleh makciknya.
VIDEO
@nzra_d Al-Fatihah Athirah Jaafar🤍 Semoga ibu yusuf ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman. Semoga Yusuf membesar menjadi anak yg soleh🫶🏻❤️ #alfatihah #kasihibu #syurgakuduniaakhirat #yusuf #foryou #duniakhirat ♬ Bebaskan Diriku Cover – ♪DEDYY…
Al-Fatihah untuk isteri tercinta, semoga diterima amalnya…sayang bini tiada ganti Allahuakbar
Suami kepada Athirah Jaafar amat terkesan dengan pemergiaan isterinya yang sangat mengejut. Menerusi laman Facebooknya, Mumin Mohd redha dengan pemergiaan isterinya. Turut meluahkan rasa pilu bahawa perasaan cinta dan sayangnya kepada arw4h tiada terganti.
Semoga arw4h ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Amin
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Keluarga