Yusof, 69, berkata, masalah yang timbul tiada kena mengena dengan dirinya selain tidak mahu masuk campur urusan anaknya itu.
“Saya tiada langsung telefon dia (Kazar) atau dia hubungi saya. Tak ada fasal saya nak cari dia.
“Itu masalah mereka, saya tak masuk campur,” katanya
Dalam pada itu, Yusof turut enggan mengulas mengenai kenyataan isterinya, Datin Patimah Ismail yang membuat kenyataan tidak akan memaafkan Kazar yang didakwa membantu Ira berkahwin dengan Syamsul di Thailand.
Kata Yusof, dia menganggap kenyataan dibuat isteri sebagai h4k per1badi dan enggan masuk campur.
“Maaf, mengenai perkara itu saya tak mahu ikut campur kerana itu h4k dia,” ujarnya.
Sementara itu, Yusof memberitahu dia sudah tidak mahu memberikan sebarang komen berhubung kemelut rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah yang masih tiada penyelesaian dan berharap anaknya itu dapat selesaikan sendiri.
“Saya sudah letih untuk memberikan komen. Ramai yang bertanyakan saya tentang ini. Cukuplah dengan apa yang saya telah kongsikan sebelum ini.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : mstar