“Jangan Terlalu Sayang Suami, Letak Allah Nombor Satu” – Wawa Zainal

Kata Wawa, letakkan kasih sayang kepada Allah Maha Esa sebagai terutama berbanding suami.

“Makanya kalau sayang jangan terlalu sayang. Memanglah semua isteri terlalu sayang suami, tapi kena ingat, letak Allah nombor satu. Suami pinjaman.

“Selalulah berdoa kepada-Nya supaya Dia pinjamkan kesayangan kita yang satu ini hingga akhir hayat.

“Berdoalah semoga kesayangan kita ini sentiasa cinta dan kasih pada kita,” kongsinya dalam foto bersama suami tercinta, Aeril Zafrel.

Wawa turut mengutuskan doa serta sokongan buat teman baiknya, Puteri Sarah Liyana yang kini sedang bergelut dengan kemelut rumah tangga bersama suami, pelakon dan pengarah sensasi Syamsul Yusof.

“Buat Puteri Sarah Liyana, kami selaku isteri-isteri seMalaya, we stand with you,” tegas Wawa.

Terdahulu, Syamsul pada Jumaat mengejvtkan ramai pihak apabila mendedahkan telah selamat bernikah dengan wanita yang didakwa menjadi individu ketiga dalam rumah tangganya bersama Puteri Sarah iaitu Ira Kazar.

Turut tular gambar pernikahan Syamsul dan Ira termasuk Kazar yang menjadi wali kepada pasangan terbabit.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber; Gempak