“Bukan senang nak dapatkan cinta suami orang…”- Zarina Zainuddin Tak Suka Jadi Per4mpas

Pelakon Zarina Zainuddin mended4hkan suaminya, Datuk Seri Dr. Abu Raihan Wan Jaafar melamarnya sebagai suri hati meskipun pada ketika itu lelaki berkenaan sudah mempunyai isteri.

Bagaimanapun, aktres berusia kelahiran Bota, Perak itu menyatakan dia meletakkan syarat kepada suaminya jika ingin berkahwin dengannya perlu mendapat keizinan daripada isteri pertama.

Zarina enggan jadi per4mpas

Zarina berkata, dia enggan menjadi per4mpas kebahagiaan dalam rumah tangga seseorang.

“Saya tak nak kahwin dengan suami orang dan tak nak jadi per4mpas. Jadi saya katakan kepada suami sekiranya ikhlas bawalah Ina (Zarina) pergi jumpa kepada isteri pertama abang.

“Saya katakan saya sendiri minta izin daripada isteri abang. Jika tidak diizinkan saya tidak akan kahwin dengan suami orang,” jelasnya.

Suami lelaki ‘gentleman’, terus bawa jumpa isteri pertama

Zarina atau nama penuhnya Nur Zarina Mohd Zainuddin menyifatkan suaminya seorang lelaki yang budiman kerana berani membawanya berjumpa isteri pertama bagi mendapat keizinan terlebih dahulu.

“Hari berikutnya, dia bawa saya berjumpa isteri pertama. Dia sangat gentleman. Tak semua orang boleh buat macam itu. Suami orang berani bawa kita jumpa isterinya adalah seorang lelaki gentleman dan betul-betulkan mahukan kita,”ceritanya.

Jelasnya, selepas pertemuan dengan isteri pertama, wanita itu menelefon ibunya dan memberi keizinan untuk suaminya berkahwin dengannya.

@sinarharianonline ‘Kalau diizinkan saya kahwin’ dalam program #MUM, ‘Korban kasih Zarina Zainuddin’, hanya di seluruh platform digital #SinarHarian ♬ original sound – Sinar Harian

Bukan senang nak dapatkan cinta suami orang…

Dalam pada itu, Zarina mengakui bukan mudah untuk mendapatkan cinta daripada seorang lelaki yang sudah bergelar suami orang kerana pelbagai dugaan dan cabaran yang perlu dihadapinya.

“Bukan senang nak kahwin dengan suami orang. Sebab kita kena hidup merana dulu. bukan senang nak dapatkan cinta lelaki yang sudah berkahwin sebab dia sudah ada istimewa sebenarnya tetapi kerana dia dapat bunga yang baru konon-kononnya dia akan cakap kita ini yang indah,” katanya.

Dikesempatan itu, Zarina menitipkan pesanan buat wanita di luar sana supaya elakkan jatuh cinta dengan suami orang kerana risau akan merana.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panelis program Mak Untuk Malaysia (MUM), ‘Korban Kasih Zarina Zainuddin’ yang disiarkan di semua platform Sinar Harian pada Isnin.

Sumber: TikTok @sinarharianonline, OMM

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook