Mas Idayu Bersyukur Suami Bukan Kaki Cvrang. Ini Peded4hannya

Baru-baru ini, penyanyi dangdut popular, Mas idayu atau nama sebenarnya Mas Idayu Mesnun meluahkan rasa syukur apabila suami kesayangannya yang juga merupakan Penerbit Eksekutif TV3, Muhammad Sufian Che Isa, bukan seorang lelaki yang ‘kaki cur4ng’.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @TV3Malaysia di laman TikToknya, Mas Idayu atau lebih dikenali sebagai Mummy berkongsi kenyataan tersebut ketika menjadi juri bagi program realiti Famili Duo semalam.

@tv3malaysia Alhamdulillah mummy dapat suami macamtu. Orang lain belum tentu bertuah. Strim Live HD di Tonton dan Saksikan #FamiliDuoTV3 ♬ original sound – TV3Malaysia

Dalam video tersebut, pengacara bagi program tersebut iaitu Janna Nick mempersoalkan Mas Idayu sama ada memiliki cinta yang mencukupi atau tidak.

Jawab Mas Idayu, dia hanya bersyukur apabila suaminya seorang yang setia dan bukan seorang lelaki yang kaki cur4ng.

“Alhamdulilah, mummy dapat suami yang macam itu. Orang lain belum tentu bertuah. Untung Mummy dapat suami yang setia,” ujar TV3 Malaysia di ruangan kapsyen.
 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Masidayu Mesnun (@masidayu1001)

Terbaik lah mummy!

Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dengan jawapan yang diberikan oleh penyanyi yang berusia 51 tahun itu.

Pun begitu, ada juga netizen yang mengkr1tik Mas Idayu yang sangat yakin dalam memberikan kenyataan walhal perkahwinannya itu belum lagi mencecah usia setahun.

Semoga bahagia ke anak cucu

Dalam pada itu, disebalik krit1kan yang dilemp4rkan, ramai yang mendoakan agar mahligai Mas Idayu bersama suaminya kekal hingga ke jannah dan sentiasa bahagia bersama.

Sumber: TikTok @TV3 Malaysia, OMM

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook