[VIDEO] Satu Kapal Terbang Bawa Staff Pergi Umrah, Hafiz & Isteri Sekali Lagi Raih Perhatian

Rezeki ini datang dengan pelbagai cara termasuk mempunyai majikan yang baik dan tidak berkira.

Begitulah bertuahnya pekerja di Ainaa Beauty yang dapat menunaikan umrah atas tajaan majikannya.

Siapa yang tidak kenal usahawan Hafiz Mahamad dan isterinya Syafikah Aina yang sering berkongsi rezeki kepada pekerjanya.

Jarang majikan bersikap begini dan tidak berkira. Untungnya!

Menerusi Instagram miliknya, Hafiz berkongsi saat indah itu apabila menyaksikan lebih 100 orang pekerjanya bakal menunaikan umrah. Katanya selain pekerja, dia turut membawa anak yatim dan orang kelainan upaya.

Apa yang menarik, mereka dalam satu kapal terbang! Semua adalah pekerja Ainaa Beauty!

Wow! Sungguh inspirasi sikap majikan begini.

“1 kapal terbang ke Umrah.Ini yang saya nak daru dulu.”

“Semalam ramai mak ayah team datang jumpa mengalir air mata ucapkan terima kasih. Ya Allah, bukan saya buat. Ini semua Allah & isteri saya.”

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)

NETIZEN seb4k TENGOK SIKAP MAJIKAN YANG BAIK

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa seb4k melihat kebaikkan yang dilakukan oleh pasangan ini.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: @hafizmahamad, keluarga