Sanggup Buat Banyak Kerja Demi Sara 9 Anak, Kisah Ibu Tvnggal Hensem Ini Raih Perhatian Ramai

Dalam hidup ini, kita tidak akan terlepas daripada ujian dan cab4ran hidup yang diberikan kepada kita.

Sama seperti kisah seorang wanita yang bernama Ummu Nabilah, 33, apabila perkahwinannya yang telah dibina selama 14 tahun akhirnya hancur akib4t bercer4i.

Walau bagaimanapun, kini Bella (nama gelaran) lebih dikenali di laman TikTok dengan nama samarannya ‘Kakak Hensem Official’.

Dikatakan, Bella bekerja ker4s demi menyara keluarganya yang terdiri daripada sembilan orang anak dengan melakukan dua kerja pada suatu masa.

Anaknya berumur dalam lingkungan tiga hingga 15 tahun.

“Saya berasal dari Singapura, bekas suami pula merupakan orang Malaysia. Saya berkahwin ketika berumur 17 tahun. Hasil perkahwinan, saya dikurniakan sembilan cahaya mata.

“Sepanjang 14 tahun perkahwinan, saya duduk di Malaysia sehinggalah kami berpisah pada Disember 2021. Selepas bercer4i, saya balik ke Singapura. Dulu saya hanya suri rumah. Saya tak boleh kerja di Malaysia sebab tak ada visa kerja.

“Selepas balik Singapura, saya mula bekerja sebagai rider GrabFood. Pada masa sama, saya turut bergelar perunding kecantikan MaryKay,” kata Bella.

Berdasarkan laporan MStar, Bella menyatakan bahawa sememangnya tentu dia berasa sukar kerana perlu menyara sembilan orang anaknya akan tetapi dia sentiasa redha dengan takdir Allah dan berharap agar dirinya kuat dalam meneruskan kehidupannya.

“Perkahwinan saya bertahan selama 14 tahun saja. Saya tak boleh cerita lanjut, namun secara asasnya, anak-anak kata mereka dah tak boleh bertahan. Pada saya, hidup ini memang sentiasa ada cabaran. Jadi kita kena belajar untuk terima cabaran.

“Nak membesarkan sembilan orang anak, memang ada rasa sukar. Cuma pada saya, kita sebagai ibu kena kuat. Mereka pun dah ada travma, takkan kita nak tambah tr4uma lagi kan. Apa yang dah berlaku mengajar saya untuk kuat hari ini.

“Dulu duduk dengan anak 24 jam. Sekarang kena bekerja. Setiap apa yang berlaku ada baik burvknya. Sebagai perempuan, saya juga saya ada perasaan untuk berkahwin lagi. Tapi saya cuma mohon doa yang baik-baik,” jelasnya lagi.

Selain kisahnya sebagai seorang ibu tvnggal yang kuat menyara sembilan orang anaknya, warganet turut memberikan perhatian terhadap penampilannya yang seakan lelaki.

Jelas Bella, dia berasa selesa berpenampilan sebegitu kerana dia tiada masa untuk merias diri seperti wanita-wanita lain.

“Saya bukan pengkid (perempuan berperwatakan lelaki dan menjalinkan hubvngan sejen1s), saya masih perempuan cuma saya t0mboy (perempuan lasak). Penampilan saja macam lelaki. Lagi selesa nak urus diri sebab saya tak suka habiskan masa lebih setengah jam depan cermin.

“Sebelum kahwin pun saya memang t0mboy rambut pendek, tak pernah panjang. Masa kahwin saya simpan rambut panjang. Kemudian rambut saya kembali pendek selepas berpisah,” terangnya.

Akhir kata, Bella menitipkan pesan buat ibu tvnggal lain di luar sana agar terus tabah dan cekal.

Meninjau di ruangan komen, ramai yang berkongsikan pengalaman mereka yang seakan sama dengannya.

Ada juga individu yang memuji kulitnya cantik tidak dan tidak kelihatan seperti umurnya.

Antara komen netizen ;

“rambut pendek bukan p3ngkid. dulu masa matrik rambut sy pun mcmni. pastu bila nk g mandi mesti org usha semcm😂 padahal i ade bf nokk🤣🤣🤣 dah nk buat cane kita suka rambut gitu rambut pun cepat kering bila nk pakai tudung😂”

“cantik laa kulit sis. saya yg anak Dara pon kulit tak macam ni😔

Video:

@died301090 Replying to @suser375 ♬ original sound – •kakak_hensem•official• – •kakak_hensem•official• 🦄🇸🇬

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber/ Kredit : sinarviral.com