Hana Azraa Minta Pu Abu Henti Mesej Kata Rindu, Minta Jangan Jadi ‘s3lfish’

Masalah rumah tangga selebriti ataupun public figure nampaknya seperti tidak berkesudahan apabila bekas peserta program Pencetus Ummah, PU Abu atau nama sebenarnya  Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi apabila bekas isteri kedua, Hana Azraa kembali membuat pended4han tentang sikap individu tersebut.

Beri am4ran jangan ganggu lagi

Menerusi tangkapan layar Insta Story Hana, dia mendakwa bahawa PU Abu masih mengganggunya dengan mengatakan rindu padahal mereka sudah tidak ada sebarang urusan selain berkaitan anak.

Disebabkan itu, dia telah memberi amaran supaya pendakwah tersebut menjauhkan diri daripadanya atau memboc0rkan hal sebenar termasuklah mengingatkan semula apa yang pernah diperkatakannya sewaktu di Madinah tempoh hari.

Serik dif1tnah dan dia1bkan ketika dalam live IG

Dalam pada itu, Hana turut menyertakan tangkapan skrin menunjukan beberapa kali PU Abu cuba menghubunginya dan menyuruh pendakwah tersebut mengingatkan semula bagaimana dia memanipulasikan cerita sehingga wanita itu yang terlihat bermasalah.

Ujar Hana lagi, dia masih bersabar kerana mengenangkan isteri kepada PU Abu iaitu Ain Afini dalam keadaan hamil anak ketiga pasangan tersebut.

“Saya masih ingat pada hari yang kamu manipulasi semua orang untuk nampak saya bermasalah sewaktu saya sedang bekerja di Madinah. Waktu itu adalah masa terbaik untuk saya cerita.
“Tapi masih bersabar memikir periuk nasi awak dan tanggungjawab awak pada anak dan isteri yang sedang mengandung anak ketiga kamu. Ini yang saya dan Mateen dapat?
Saya tak nak buat dah semua benda ni but makin hari makin mel4mpau. All those word tak tally dengan your action. Tolong kesiankan anak-anak. Cukup untuk mereka membesar untuk tengok bapa yang self1sh begini. Enough,” ujarnya.

Rumah tangga dah lama berakhir

Wanita tersebut juga meminta agar PU Abu tidak mementingkan diri dan melakukan pended4han ini supaya bekas suaminya berhenti mengganggunya lagi kerana cerita tentang rumah tangga mereka telah lama berakhir.

Kenang semula dif1tnah dan dibuka a1b sewaktu di Madinah

Untuk rekod, Hana Azraa mengaku yang mereka telah berpisah sejak awal tahun lalu dan namun kes masih dalam proses mahkamah.

Dia juga mengatakan yang PU Abu sudah beberapa kali melafazkan cer4i terhadapnya sehingga jatuh tal4k tiga PU Abu tampil menjelaskan dia tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung status tersebut kerana ia masih dalam proses mahkamah.

Sumber: Instagram Hana Azraa, OMM

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook