Alhamdulillah! Akhirnya Mia Ahmad Selamat Melahirkan Anak Ketiga

PEMAIN bola sepak Sri Pahang (FC), Mohd Izham Tarmizi berkongsi berita gembira memaklumkan isterinya yang juga pelakon Mia Ahmad selamat melahirkan bayi perempuan pada pukul 1.25 pagi, Selasa.

Bersyukur urusan kelahiran cahaya mata ketiga dipermudahkan, Izham, 32, mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang mendoakan mereka.

mia1 - 1

Mia kini merupakan ibu kepada tiga orang cahaya mata.

Pelakon wanita, Mia Ahmad dikhabarkan selamat melahirkan seorang cahaya mata perempuan apabila suaminya, iaitu bekas penjaga gol pasukan bolasepak JDT II, Izham Tarmizi memuat naik gambar bersama bayi mereka.

Lahirkan baby girl

“Alhamdulillah, isteri saya selamat melahirkan anak perempuan ketiga kami pada 1.25 pagi tadi.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakannya. Semoga dipermudahkan urusan kalian semuanya,” katanya.

Izham berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram pada Selasa.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by MohdIzhamTarmiziRoslan (@izhamtarmizi24)

Dia juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan isteri dan anaknya sepanjang proses kehamilan dan bersalin.

Pada Sabtu lalu, Mia atau Samihah Ahmad Baderi, 35, memuat naik video anak keduanya, Iris dengan berkongsi momen terakhir sebelum bertukar status menjadi seorang kakak.

Mia turut memohon doa orang ramai agar dipermudahkan urusan kelahiran anaknya kelak.

“Hari terakhir jadi ‘adik’ hari ni. InsyaAllah esok title kakak dah dia. Mommy emosilah.

mia2 - 1

Mia bersama suami dan anak-anak.

“Ya Hafiz Ya Muhaimin.. Yang Maha menjaga dan Mengawasi, daku serahkan anak-anakku, keluargaku, seluruh isi bumi untuk dijaga dan diawasi oleh Mu,” tulisnya.

Perkongsian tersebut yang dibuat oleh penjaga gol pasukan Sri Pahang itu turut dihujani dengan ucapan tahniah daripada kenalan dan juga peminat mereka.

Rata-rata mendoakan agar puteri tersayang membesar menjadi anak yang solehah serta berbakti kepada ibu bapa.

Baru sahaja sambut anniversary

Difahamkan Mia Ahmad dan Izham Tarmizi baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-6 empat hari lepas.

“Happy 6th Anniversary my dear husband! 
“Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang memanjangkan jodoh kita sehingga ke hari ini. I am so lucky to have you as my husband. Semoga kita menjadi pasangan takwa dan ditakdirkan di Jannatul Firdausi bersama.
Terimalah amniversary lunch dari ku sebelum kita jadi BERLIMA,” tulisnya.
 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Mia Ahmad (@mia.ahm4d)

Untuk rekod, Mia mendirikan rumah tangga dengan Izham pada 13 Januari 2017.

Hasil perkahwinan mereka, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata aitu Sayf Issa, 4, dan Iris yang kini berusia dua tahun.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Instagram Izham Tarmizi, Mia Ahmad, OMM, mstar