Ibu Gembira Dengan Perubahan Terbesar Ainul Mardhiah Mula Terima Makan Minum Ikut Mulut

Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, kanak-kanak yang sebelum ini selamat menjalani pembed4han akibat ketumbvhan dalam mulut telah menunjukkan perkembangan semakin positif dari aspek kesihatannya.

Ibunya Nurul Erwani Zaidi memaklumkan, kanak-kanak berusia empat tahun itu sudah mula dapat menerima makanan dan minuman yang dimasukkan melalui mulutnya.

Nurul Erwani berkata, sejak dilahirkan, anaknya tidak pernah menggunakan deria mengunyah dan men3lan sebaliknya hanya dilatih pada bahagian mulut selepas pembed4han pada tahun 2019 lalu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nurul Erwani Zaidi (@_nrlerwani)

“BismillahiMashaAllah Salah satu perubahan terbesar untuk Ainul. Ainul dah mula nak terima makanan dan minuman masuk dalam mulut dia! Alhamdulillah. Dia dah start explore rasa rasa makanan ya.

“Yang mana masih tanya lagi kenapa Ainul masih belum makan ikut mulut lagi ialah sebab Ainul masih travma dengan peny4kit dia waktu dulu.

“Dari lepas lahir ainul tak gunakan mulut langsung untuk develop dia punya mode kunyah dan telan. So dari situ…
“…lepas oper4tion kena kerap stimulate bahagian mulut supaya Ainul kena biasakan mulut dia bergerak,” tulisnya menerusi satu hantaran di laman Instagram hari ini.
 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nurul Erwani Zaidi (@_nrlerwani)

Bercerita lanjut, Nurul Erwani berkata, dia juga sudah mula memakaikan peralatan ‘trach valve’ pada Ainul bagi memudahkan pernafasan melalui mulut dan hidung selain dapat mendengar suara anaknya.

“Sekarang ni, mama Ainul dah start pakaikan Ainul trach valve untuk bagi Ainul bernafas guna mulut dan hidung dan guna trach valve ni juga boleh dengar suara Ainul tau.
“Alhamdulillah Ainul selesa bila mama Ainul bagi guna trach valve ni. Dan nak latih juga Ainul sebelum Ainul nak off trachy nanti,” katanya.

Tambah ibu kepada dua cahaya mata itu, dia dan suaminya Ahmad Safiuddin Ahmad Razak merancang untuk membawa Ainul ke hospital bagi menjalani latihan berhubung proses simulasi berkenaan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nurul Erwani Zaidi (@_nrlerwani)

Pada masa sama, mereka berharap peralatan tersebut dapat diberhentikan sebaik Ainul sudah biasa dengan pernafasan melalui hidung dan mulut.

“Dalam masa terdekat ni dan Ainul pun sihat, plan mama dan walid Ainul akan bawa Ainul ke HUKM untuk buat asessment pada trachy Ainul dan akan offkan trachy Ainul.  Salah satu sebab nak offkan as soon as possible sebab taknak Ainul selalu kena inf3ction.
“Pakai trachy ni akan cepat sangat kena inf3ction sebab saluran trachy ni direct ke paru-paru itu yang menyebabkan akan senang berj4ngkit dengan orang yang batuk dan selsema.
“InshaAllah ada masa mama Ainul akan update proses Ainul seterusnya ya!,” ujarnya.

Pada bulan Ogos tahun lalu, Ainul dilaporkan berada dalam keadaan krit1kal akibat j4ngkitan virvs sebelum beransur pulih dan sihat sehingga ke hari ini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nurul Erwani Zaidi (@_nrlerwani)

Sumber: Instagram Nurul Erwani Zaidi

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: OMM