Penampilan Ayda Jebat Dalam Famili Duo Disamakan Seperti AC Mizal Versi ‘mak ny4h’

Penampilan penyanyi Ayda Jebat dalam program nyanyian Famili Duo sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila solekan dan busana yang dipakainya berjaya memvkau penonton terutama warganet di media sosial.

Difahamkan, solekan Ayda semalam ditatarias oleh jurusolek profesional terkemuka iaitu Dato’ Alha bagi menjayakan persembahan bersama adiknya, Fyna Jebat.

Lawa macam Cleopatra dah!

Bukan setakat solekan yang bertaraf antarabangsa sahaja menjadi perhatian, bahkan busana dan hiasan digunakan oleh kedua-dua beradik di pentas Famili Duo juga memvkau orang ramai.

Mana tidaknya, kedua-dua beradik ini berani mengetengahkan fesyen meletop persis Puteri Cleopatra dengan memenuhi hiasan keemasan di seluruh badan walaupun tiada ‘mahkota’ di atas kepala.

Ayda dah macam AC Mizal meny4mar jadi ‘mak ny4h’

Walaupun ramai memuji kecantikan solekan oleh Dato’ Alha, namun ada juga di kalangan netizen di laman Facebook sempat berseloroh dengan mengatakan wajah Ayda Jebat persis seorang pelakon senior.

Meninjau di ruangan komen semua portal hiburan, rata-rata netizen mengaitkan solekan Ayda Jebat itu seakan sama dengan wajah aktor, Dato’ AC Mizal sewaktu menjayakan watak ‘mak ny4h‘ dalam drama bersiri Gerak Khas.

Adik Ayda dah macam Sharifah Shahora

Selain itu, ada juga warganet mengatakan hasil solekan adik kepada Ayda Jebat iaitu Fyna persis aktres Sharifah Shahora dan Sharifah Sakinah kerana hampir seiras.

Terdahulu, penampilan Ayda Jebat sewaktu beraksi di pentas Famili Duo minggu kelima dikatakan persis watak H4ntu Kak Limah dan ia mendapat perhatian penyanyi berusia 31 tahun.

Sumber: YouTube Friends of PDRM, Facebook Ohbulan

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook