Siapa sahaja yang tidak kenal dengan penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau turut mesra dengan panggilan Tokti. Tidak hanya kerjayanya sahaja d1sukai ramai malah kehidupan dia sebagai seorang isteri dan ibu juga sering menjadi sorotan ramai di media sosial.
Terbaharu, satu klip video memaparkan Tokti bersama suami, Datuk K dan anak-anak serta menantunya, Izara Aishah dan Tya Ariffin membuatkan keluarga selebriti ini menjadi tumpuan warganet dan peminat.
Tokti dan keluarga jadi tumpuan
Walau bagaimanapun, ramai yang memberikan tumpuan terhadap kelakuan Datuk K yang begitu sweet mendahulvk4n isteri iaitu Tokti makan terlebih dahulu malah lebih membuatkan peminat dan warganet memberikan pujian juga disebabkan Datuk K turut suap menantunya makan.
“Bagi isteri makan dulu, baru kita makan,” kata Datuk K ketika menyuap anak dan menantu yang mana diruangan komen pula membuatkan ramai kagum dengan sikap suami kepada penyanyi terkenal itu yang menjaga baik tidak kira anak malah menantu juga sama.
‘Beruntungnya semua dapat suami, bapa, dan bapa mertua macam ni. Semoga kekal bahagia…’
‘Datuk K pesan bagi makan wife dulu baru kita makan. Tapi dia suap semua orang. Terbaik DK…’
‘Seronok tengok family Datuk K dan CT. Anak tiri dia pun sayang mak tiri. Budi dan bahasa sopan…’
‘Jarang jarang nampak bapa mertua suap menantu perempuan. Bertuah Izara dan Tya dapat bapa mertua penyayang’
Video:
@norazlin67 “Bagi isteri makan dulu, baru kita makan” – Dato K #sitinurhaliza #fyp #foryoupage ♬ Manis Tapi Bukan Gula – Original Mix – Mellyyanox
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : SYOR