Sahabat Sahkan Nad Zainal Dan Ungku Ismail Aziz Sudah Bernikah

Tiada angin tiada ribvt, pelakon Nad Zainal telah berkongsi video teaser memakai baju pernikahan dan memegang erat tangan aktor Ungku Ismail Ungku Aziz di tangga sebuah masjid.

Kongsi video teaser pernikahan

Dengan hanya meninggalkan kapsyen ringkas merujuk tarikh 23 Januari 2023 bersamaan dengan 1 Rejab 144 Hijrah, ruangan komen Instagram Nad telah dihujani dengan ucapan tahniah.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by NANAD (@nad.zainal)

Rakan artis tak putvs ucap tahniah

Ungku Ismail turut berkongsi video sama di ruangan Instagramnya seakan memberi bayangan mereka sudah disatukan walaupun belum ada sebarang kenyataan daripada mereka berdua.

Menjengah ke ruangan komen masing-masing, rakan artis dan juga kenalan tidak pvtus-pvtus mengucapkan tahniah serta mengakui gembira dengan khabar gembira ini jika betul mereka sudah bernikah.

Semoga diberkati dunia akhirat

Tahniah semoga kekal ke anak cucu

Pereka fesyen merangkap sahabat sahkan pernikahan

Susulan daripada itu, pemilik jenama busana yang disarung pasangan itu, Seth & Luna telah mengesahkan perihal pernikahan mereka dan mengakui memegang rahsia besar ini sehingga mereka sendiri memaklumkan tentang pernikahan mereka.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SETH&LUNA (@sethandluna_malaya)

“Setelah lebih 7 tahun, berbagai ujian yang dihadapai… sempat berlinang air mata dan berkirim doa.

Beliau mengetvk pintu kami untuk menyerahkan kepercayaan mereka busana pernikahan dia dan bakal suaminya. Antara rahsia yang kami simpan dengan penuh rasa hormat.

Pada hari ini, kami berdua dengan penuh bangga hati mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru Nad Zainal  & Ungku Ismail semoga mahligai perkahwinan yang dibina berbahagia dan bekekalan hingga ke jannah.

Kami sayang mu tau bestie,” tulisnya.

Untuk rekod, Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal pernah mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Faliq Amiruddin pada 2015 namun berp1sah pada 2022. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasangan cahaya mata.

Hubungan Ungku Ismail dan Nad Zainal telah dih1du media apabila aktor tersebut mengakui sedang mengenali hati budi ketika memberi kenyataan sewaktu aktres drama Cina Bvta itu dimasukkan ke hospital tahun lalu.

Sumber: Instagram Nad Zainal, Ungku Ismail, sethandluna_malaysia, OMM

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook