Solekan Nad Zainal Naik Seri Pengantin Dipuji Ramai, “Mekap Ala2 Melayu Klasik..Cantik””

Mengumumkan diri sudah menjadi milik Ungku Ismail, Nad Zainal dan pelakon lelaki ini berkongsikan beberapa video dan foto momen menjadi suami isteri di sosial media mereka.

Sama cantik dan padan, pasangan pelakon ini nampak sungguh berseri di dalam perkongsian tersebut. Difahamkan jurusolek Nad Zainal di hari berbahagia itu adalah Alha Alfa. Susulan itu juga Alha Alfa memuat naik ucapan tahniah atas rumahtangga yang dibina pasangan ini.

Terbaharu, perkongsian video dengan paparan hasil solekan Nad Zainal naik seri sebagai pengantin baru telah menerima pujian ramai. Cantik, mulus dan berseri sekali.

Berikut adalah perkongsian yang dimuat naik menerusi akaun Tiktok Alha Alfa yang memaparkan paparan solekan Nad Zainal naik seri pengantin:

@alhaalfaofficial tahniah NAD ZAINAL 💜💙 makeup using @AlhaAlfaCosmeticsHQ ♬ AIYA SUSANTI DRXML REMIX – DRXML

Bergelar sebagai selebriti sudah tentunya wajah sering menjadi ‘kanvas’. Namun solekan Nad Zainal ketika hari menjadi pengantin nampak sungguh jelita sekali dan lain dari kebiasaan. Sentvhan Alha Alfa sememangnya sesuatu yang luar biasa sekali.

Apatah lagi bila mendapat solekan wajah selebriti yang sememangnya sudah jelita, memang lagi wow hasilnya!

Malah meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka yang mana ramai memuji hasil solekan pengantin ini. Berikut antaranya:

“Lain sangat mukanya..Cantik..Naik seri”

“Mekap ala2 melayu klasik..Cantik”

“Sentuhan dari dato memang tak pernah mengecewakan..Sangat cantik..Memang padu mantol. Mantap pak abu..Terbaik Dato”

“Even dia artis selalu makeup pun masa sanding naik gila seri dia”

Sumber: https://www.tiktok.com/@alhaalfaofficial/, syor

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook