“Mungkin saya ker4s tetapi tidak kur4ng ajar” Kata-kata Adlin Aman Ramli Raih Perhatian Ramai

BUKAN sekali dua isu mengenai juri atau cara penjurian sesebuah program berbentuk pertandingan nyanyian menjadi bahan bualan ramai.

Lebih-lebih lagi bila kini banyak program seumpamanya seakan berlumba-lumba untuk mengejar rating tontonan tinggi di kaca televisyen dek desakan persaingan dalam dunia penyiaran itu sendiri.

Selain peserta yang bertanding, juri juga seakan perlu menggalas ‘tanggungjawab’ untuk mencipta seberapa banyak ‘drama’ yang boleh supaya program itu menjadi bahan bualan orang dan menjadi tular di media sosial.

Mahu percaya atau tidak, itulah antara realitinya. Maka tidak hairanlah, ada kalangan juri dilihat lem4h dari aspek perkongsian ilmu muzik atau nyanyian sebenar sehingga terpaksa menutupnya dengan perwatakan bak seorang cikgu disiplin.

Namun, adakah krit1kan berlandaskan mulut ped4s itu benar-benar dapat mengajar artis yang bertanding?

Jika tidak, apa pula kriteria utama bagi individu yang layak untuk duduk di kerusi juri program nyanyian?

Angkat nilai intelektual, bukan buat penonton melu4t – Adlin Aman Ramli

PERNAH duduk di kerusi juri untuk beberapa program tempatan, pengarah dan pelakon, Adlin Aman Ramli, 50, menganggap setiap individu yang dilantik untuk menjadi juri perlu sedar diri dan ruang.

Tidak menolak bahawa adakala terdapat juri berkelakuan di luar batasan sehingga gagal menerapkan nilai intelektual kerana terlalu ghairah melontarkan komen di hadapan kamera.

“Adakala kredibiliti sebagai juri itu sudah hilang fungsi dan peranannya. Semua kerana seseorang juri itu terlalu larut dengan em0si. Hendak tunjukkan betapa hebatnya dia di kerusi juri dan betapa b*d0hnya orang yang berada di pentas.

“Inteleklah, jangan bersifat em0si. Itu bukan ruang untuk mengajar. Kalau nak mengajar, boleh buat begitu di kelas, itu ruang lebih sesuai.

“Selain juri, penerbit program pun saya pasti, tahu apa yang berlaku. Tetapi, itulah apa yang mereka mahukan, agar program itu diperkatakan ramai, jadi tul4r,” katanya.

Ditanya apa pandangannya mengenai kriteria yang diperlukan untuk menjadi seorang juri, kata Adlin, dia melihat semua itu terletak kepada kemahuan stesen televisyen.

“Siapa yang paling ped4s, paling memb4ra, paling kec0h, bermulut las3r dan mencipta situasi g4mat, itulah kriteria yang dimahukan oleh penerbit program. Sebab ia adalah nilai yang boleh ‘dijual’ untuk meraih jumlah tontonan tinggi.

“Saya dulu pun jadi pengkr1tik. Mungkin saya ker4s tetapi tidak kurang ajar sebab kita ini orang bijak. Kena fikir, tak kira bagus mana pun kita menyanyi, tetapi jangan lupa diri nanti sifat burvk itu akan keluar,” katanya.

Dalam pada itu, Adlin yang kini baru selesai menjalani penggambaran supertele Merewang Keluarga Pak Awang turut mengakui sudah hilang selera untuk menonton program hiburan seperti itu kerana di matanya, banyak yang seakan mahu menga1bkan mana-mana pihak.

“Maaf cakap, saya dah tak tengok program sebegitu sebab melu4t. Jadi b3nci pun ada bila nak cakap topik ini sebab energinya sangat burvk. Hentikanlah menga1bkan mana-mana pihak.

“Kalau sampai hilang rasa hormat, asas-asas dan jati diri Melayu Islam pun bagai diketepikan, buat apa?

“Semata-mata kerana mahu drama dan jadi tul4r? Tak perlulah komen keterlaluan hingga buat penonton pun melvat,” katanya.

Sumber/ Kredit : utusan

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook