Pengarah Osman Ali Mended4hkan Hubvngan Sophia Albarakbah Dan Aliff Aziz

Pengarah Osman Ali memaklumkan, dia tidak mengetahui sekiranya wujud hubungan antara Sophia AlBarakbah dan Aliff Aziz dalam menjayakan drama arahannya, Ku Akad Kau Dengan Bismillah.

Menurut laporan Kosmo! Online, Osman berkata kedua-duanya hanya melakonkan watak secara profesional sebagai pasangan kekasih.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Sophia Albarakbah Official FC (@sophiaalbarakbah.fc)

“Saya tidak mahu campur urusan peribadi mereka. Tapi setahu saya, kedua-duanya tidak ada apa-apa hubungan.

“Apa yang saya lihat, baik Sophia mahupun Aliff, mereka bekerja secara profesional ketika berada di set penggambaran,” katanya.

Osman berkata, dia mengetahui tentang pended4han isteri kepada Aliff iaitu Bella Astillah berhubung seorang aktres yang ‘tersuka’ aktor tersebut tetapi tidak mahu membuat sebarang tudvhan.

“Saya tidak tahu pelakon yang Bella maksudkan itu siapa. Saya tidak mahu menvduh sembarangan, t4kut jadi fitn4h nanti,” ujarnya.

Bercerita lanjut, pengarah filem Ombak Rindu itu menjelaskan, kem3sraan antara Sophia dan Aliff hanya atas dasar kerja demi membawa watak masing-masing.

“Saya tidak nampak ada masalah antara mereka berdua. Mereka cuma berlakon sahaja dan perlu menyukai sesama sendiri.

“Kalau berlakon bercinta, kena betul-betul bercinta. Tapi perasaan suka itu tidak perlu dibawa sehingga keluar set penggambaran. Hanya dalam watak sahaja,” kongsinya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Sophia Albarakbah Official FC (@sophiaalbarakbah.fc)

Disebabkan perkara itu, Osman berasa agak hairan dengan tudvhan dihadapi Sophia selain menolak dakwaan bahawa kontr0versi berkenaan adalah untuk publisiti drama.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Sophia Albarakbah Official FC (@sophiaalbarakbah.fc)

“Jadi tidak adil bagi mereka kerana masing-masing sedang bekerja. Mereka suka hanya dalam lakonan sahaja.

“Saya tidak nampak antara Sophia dan juga Aliff, mereka ada hubungan peribadi. Memang tidak ada. Jadi saya harap cerita ini dihentikan,” tambahnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Sophia Albarakbah Official FC (@sophiaalbarakbah.fc)

Terdahulu, Bella mendakwa aktres tersebut pernah membuat panggilan telefon kepada suaminya sehingga berkali-berkali sekali gus boleh mengganggu keharmonian rumah tangga mereka.

Selepas pended4han terbabit, netizen mula mengesyaki Sophia memandangkan dia dan Aliff bergandingan bersama dalam drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah.

Sumber: Kosmo! Online (Mohammad Shahemy Azmi), Instagram peminat Sophia AlBarakbah

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook