Lama Diam Lepas Kena Kr1tik Dengan Mas Idayu, Akhirnya Sissy Iman Ded4h Punca Sebenar Dia Men4ngis

Kuala Lumpur – Setelah seminggu berdiam diri ekoran i.nsiden menangis di pentas selepas menerima komen ped4s daripada Mas Idayu di pentas Family Duo minggu lalu, penyanyi Sissy Iman tampil menjelaskan situsi sebenar dirinya.

Penyanyi yang mula dikenali dengan lagu Mungkin Kamu itu menegaskan tiada i.su antara dia dan juri tetap program terbabit.

Sebaliknya tangisan yang menc.etuskan ko.ntr0versi itu hanyalah ekspresi kekecewaan dirinya sendiri yang gagal memberikan persembahan terbaik menerusi lagu Jampi dalam versi keroncong itu.

Tampil Jelaskan Keadaan Sebenar

“Saya menangis ketika itu kerana kecewa dengan diri sendiri. Ia lebih kepada perasaan bers.alah apabila persembahan saya pada malam itu tidak begitu menjadi, sedangkan Naim sudah melakukannya dengan baik.”

“Kalau tentang komen juri, saya sebenarnya tak ada m.asalah pun,” jelasnya kepada media selepas persembahan minggu separuh akhir program Famili Duo di Plaza Alam Sentral pada Ahad.

Begitu pun in.siden berkenaan mendapat reaksi yang pelbagai daripada banyak pihak termasuk ada sesetengahnya meng.ecam dan mempertikaikan kedudukan Mas Idayu selaku juri tetap.

Ditanya adakah dia ada menghubungi juri tersebut untuk memohon maaf atau menjernihkan keadaan tersebut, Sissy berkata, buat masa ini dia hanya menumpukan kepada persiapan untuk persembahan sahaja.

Sepanjang minggu setelah berlaku in.siden itu, saya memang tidak menjawab sebarang panggilan atau membuat panggilan kepada sesiapa. Malah saya juga tidak membaca mesej di mana-mana platform.

Saya hanya menjawab panggilan dan mesej daripada Naim sahaja untuk bincang tentang persembahan, itupun pada awalnya dia juga saya tidak pe.dulikan.

Penerimaan orang terhadap situasi seperti ini lain-lain, begitu juga dengan saya yang perlukan sedikit masa untuk proses semua ini.

“Kita tengok dulu macam mana hubungi Mas Idayu. Sekarang saya nak fokus persiapan untuk persembahan dulu,” katanya.

Tidak mahu dib.elenggu hal-hal n.egatif susulan k.ontr0versi tersebut, Sissy mengakui berehat seketika daripada aktif di media sosial dan tidak membaca komen mahupun mesej peribadi di platform terbabit.

Selepas meluahkan apa yang saya mahu sampaikan di Instagram, saya terus tutup aplikasi tersebut.

“Saya tidak mahu apa yang berlaku itu berpanjangan dan menganggu kesihatan m.ent4l,” tegasnya.

Sissy dan Naim mara ke pentas final Famili Duo bersama tiga lagi pasangan lain iaitu Ayda dan Fyna Jebat, Zaki Yamani dan Yamani Abdillah serta Bella Astilah dan Wani Kayrie, sekali gus merebut gelaran juara dan hadiah wang tunai RM 10,000 pada Ahad depan.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: KLmenjerit