Setiap pasangan pastinya menempuhi pelbagai rintangan dan dugaan di awal berumah tangga.
Iya, bukan semua suami dapat menyediakan rumah dan kelengkapan di awal perkahwinan.
Pengorbanan seorang isteri yang sentiasa setia bersama suami dalam apa jua keadaan pastinya memberi semangat buat suami terus bekerja keras demi keluarga tersayang.
Di dalam satu perkongsian di laman Instagram, Ustaz Ebit Lew membuat satu posting khas untuk menghargai jasa dan pengorbanan isteri beliau.
Mari kita ikuti perkongsian beliau.
Bidadariku sayang…
Ingat lagi tak, dulu dekat sinilah honeymoon kita masa lepas nikah. Susah-susah datang. Nak check inn dan nak makan buka dompet.
Oh dekat sini tak boleh mahal. Oh sini mahal. Tak cukup duit. Takut kereta mati tengah jalan. Minyak habis. Keluar masuk sini sana.
Terima kaseh bidadariku sudi nikah dengan abang yang miskin dan takde apa-apa ini. Ya Allah..Cian sayang masa tu.terima kaseh ya Allah.
Ya Allah diriku terlalu cinta sayang padanya.
Cintailah dan sayangilah padanya. Jagakanlah bidadariku ini sentiasa bila-bila dan dimana sahaja.
Ya Allah yang Maha Penyayang tidak terhitung segala nikmatmu. Hari ini kita datang lagi ke sini setelah Allah kurniakan 4 orang anak. I love u sayang.
Bestnya dapat berbuka dekat berdua sayang
Terima kaseh ibu bapaku. Terima kaseh kedua mertuaku
Tak tahu nak cakap apa. Tapi sebak menjejaki saat manis kita berdua dulu. Perjalanan rasa syukur atas pernikahan dan diberi bidadari secantik dan sebaik ini.
Terlalu besar pengorbananmu bidadariku.
Sorry yer selalu busy sangat. I love u sayangku bidadariku.
Betul-betul rasa rindu, sayang, cinta padaMu kerana Allah dan ingin bersama selamanya dalam syurga – ebit lew.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: YoyNetwork