Fatin Afeefa Terima Nafkah Cecah 5 Angka, Tak Sangka Ini Kata-kata Opai

Kisah rumah tangga pelakon, Fatin Afeefa dan suaminya, Aliff Awang sememangnya menjadi perhatian di media sosial. Apa saja dikongsikan pasti akan diperkatakan ramai.

Sejak mendirikan rumah tangga buat kali kedua, nama pelakon Fatin Afeefa serta suami, Aliff Awang sering kali menjadi perhatian netizen.

Baru-baru ini, perkongsian Fatin menjadi perhatian apabila memuat naik satu tangkap layar notifikasi transaksi bank daripada suaminya di InstaStory.

Menerusi entri itu, Fatin turut bertanyakan suaminya dengan menulis kapsyen “Maintenance eh?” namun nilai wang tersebut tidak dipaparkan. Bagaimanapun, melihatkan pada jumlah transaksi tersebut, nilainya mencecah lima angka.

Hal yang membuatkan perkara tersebut meraih perhatian kerana jumlah angka yang tertera dalam status itu seakan-akan lima angka dan rujukan wang itu tertulis sebagai maintenance.

Meninjau di Instagram suaminya, Aliff Awang atau mesra dikenali sebagai Opai, dia berkata perkahwinan adalah satu bisnes.

Sekadar info, nama Opai sebelum ini menjadi bualan kerana terdapat seorang individu di Twitter mendakwa dirinya merupakan seorang kaki t1pu.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Rotikaya, beautifulnara