“Bila isteri tahu bahawa suami ada perempuan lain, dia perlu belajar untuk bersabar.”-Ustaz Don

Hidup berpas4ngan adalah fitrah kehidupan dan Allah SWT menciptakan manusia berpasang-pasangan kerana mereka saling memerlukan antara satu sama lain, sekali gus mewujudkan perasaan kasih sayang (mawaddah wa rahmah).

Namun kehadiran orang ketiga membuatkan isteri merasakan dirinya tidak dihargai sehingga membuatkan rumah tangga tidak lagi bahagia.

Sebagaimana perkongsian pendakwah Ustaz Don Daniyal bahawa kehadiran orang ketiga yang mampu meros4kkan ikatan sesebuah perkahwinan.

ISTERI BELAJAR BERSABAR

Dalam hal ini, menerusi mStar, Don,38 menasihati para isteri apabila melalui situasi ini harus bersikap sabar.

Katanya jika suami mempunyai orang ketiga isteri harus belajar bersabar.

“Apabila isteri tahu bahawa suami ada perempuan lain, dia perlu belajar untuk bersabar.

Katanya lagi, selain bersabar, kena susun semula strategi untuk memenangkan haknya semula.

SUAMI CARI ALASAN KELEM4HAN ISTERI

Katanya lagi, suami akan mencari alasan kekurangan isteri supaya ada orang lain boleh menambah.

“Jika suami suka pada perempuan lain, dia akan mencari alasan apa yang membuatkan isteri dia kurang supaya ada orang lain boleh menambah.

“Itu normal, semua orang mesti bersetuju tentang perkara tersebut.”

Dalam hal ini, Don berkata jika seorang isteri menunjukkan kemar4hannya berdepan isu berkenaan, ia merupakan salah satu kekurangan yang mungkin akan menjadi alasan suami mencari pengganti.

Dalam pada itu, dia juga berpesan supaya pasangan suami isteri tampil beranikan diri meminta pertolongan dan nasihat daripada keluarga jika berlaku permas4lahan antara mereka.

Sumber: mstar

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook