Sebut nama Nor Zila binti Haji Aminuddin, pasti peminat tertanya-tanya gerangan individu ini. Pemilik nama yang penulis sebutkan tadi adalah Ratu Rock Malaysia, iaitu Ella.
Ella yang dilahirkan pada 31 Julai 1966 sudah pun hampir 10 tahun mendirikan rumah tangga dengan suami, Azhar Husaini Ghazali.
Kehadiran zuriat adalah sesuatu yang amat dinantikan oleh pasangan suami isteri, begitu juga dengan penyanyi rock pujaan ramai, Ella.
Baru-baru ini, ramai yang membuat spekulasi bahawa Ella sedang hamil, berikutan penyanyi rock tersebut nampak sedikit berisi dan nampak berseri.
Badan berisi? Ella hamil?
Bagaimana pun, Ella memaklumkan bahawa dia tidak mengandung, sebaliknya menyatakan bahawa berat badannya memang mudah naik bergantung kepada keadaan.
10 TAHUN MENANTI CAHAYA MATA, ELLA AMBIL ANAK ANGKAT
Walau pun hampir 10 tahun mendirikan rumah tangga, pasangan ini masih bergelvt untuk mendapatkan zuriat, namun ia tidak menjadi pengh4lang untuk mereka kekal bahagia.
Dalam melengkapkan lagi perkahwinan mereka, akhirnya pasangan ini bersetuju untuk mengambil anak angkat, Shanome Az Zahra yang kini sudah pun berusia enam tahun.
KEHADIRAN Shanome Az Zahra yang kini berusia enam tahun menjadi lembaran kehidupan baharu buat ratu rock negara iaitu Ella Aminuddin dan suami, Azhar Ghazali.
Ella atau nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin, 56, berkata kehidupan sehariannya juga berubah sejak mengambil kanak-kanak itu sebagai anak angkatnya sejak beberapa tahun lalu.
“Alhamdulillah kehidupan kini bertambah bahagia, saya dan suami sentiasa mencari masa untuk diluangkan bersama anak kami.
“Rutin harian pun berubah 360 darjah, saya kena tukar semula jadual harian. Kalau dulu shopping untuk diri sendiri, sekarang ni anak menjadi menjadi keutamaan.
Shanome akan mencecah usia enam tahun dan seorang yang cepat belajar, tapi yang penting perangainya disifatkan sama seperti Ella.
Bagaimanapun, penyanyi lagu Rama-Rama ini tidak menyatakan maklumat lebih lanjut mengenai anak perempuannya itu.
Dalam pada itu, Ella turut berkongsi pengalaman menguruskan anak kecil buat pertama kali sehingga ada yang membuatkan dirinya menangis.
“Tipvlah kalau tak berhadapan dengan situasi sukar menguruskan anak kecil, dulu saya jadi risau nak uruskan terutama nak tukar lampinnya.
“Takut terk4sar boleh menyebabkan terlvka. Saya juga panik apabila dia mula menangis kerana tak tahu apa yang dia mahukan sampaikan saya sendiri pun turut menangis sekali,” ujarnya.
Jelas lah bahawa kehadiran anak ini merupakan suatu makna yang sangat besar dalam suatu hubungan perkahwinan.
Untuk rekod, Ella dan Azhar mendirikan rumah tangga pada Julai 2012, namun pasangan ini belum dikurniakan cahaya mata.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber: mstar, Viralmy