Biar Gagal Jadi Isteri Tapi Bukan Ibu, Rita Rudaini Akui Anak Semakin Matang & Tahu Jaga Hatinya

Dirinya dikatakan g4gal jadi isteri. Pasti ramai mengikuti kisah perjalanan artis Rita Rudaini yang tabah membesarkan dua anak iaitu Airit Rayyan Rizqin, 13 dan Airit Qaqa Arjuna, 11 tahun tanpa suami di sisi.

Melengkapi kehidupan anak-anak semampu mungkin, dirinya dilihat terus bertahan walau menghadapi pelbagai karenah khususnya melibatkan bab nafkah anak-anak yang masih sama jumlahnya diperoleh sejak 2015 walau semua barangan sudah naik harga.

Walau dilihat gagal jadi isteri, apa yang membuatkan ramai kaum isteri memberikan sokongan terhadapnya bila mana bekas suami amat jarang melihat anak-anak hinggakan tumbesaran anak-anaknya dilihat lebih mesra dengan “ayah” orang lain berbanding dar4h daging sendiri.

Ternyata, walau tiada ‘ayah” di sisi, direzekikan anaknya bijak belajar di mana Airit Rayyan Rizqin sudah pun memasuki Maktab Rendah Sains Mara Ulul Albab Gemencheh.

Gagal jadi isteri, akui anak semakin matang

Berkongsi “perjalanan”anaknya sebelum memasuki MRSM ini, kata Rita, antara dibis1kkan ke telinga anaknya ialah “Mommy tau tempat ni tak nampak hebat tapi ilmunya yang hebat. Ingat, niat Ryan nak apa. Kenapa ALLAH letakkan Ryan di sini? Semuanya ada sebab. Jangan tolak hadiah dari ALLAH..’.Ya benar, Allah sudah mengatur perjalanan setiap hamba-Nya.

Kongsi ibu tabah ini di aplikasi Tik Toknya @ritrud 727 yang mendapat tontonan 1.9 juta itu, jelasnya Ryan seorang anaknya yang baik. Sangat baik. Semakin dia dewasa, semakin dia tau jaga hati seorang ibu.

“Kenapa saya cakap macam tu. Tanyanya.

“Ryan anak yang baik. Sangat baik. Semakin dia dewasa, semakin dia tau jaga hati seorang ibu. Kenapa saya cakap macam tu? Masa ni kejadian ni memang nampak dia sangat menjaga hati saya. Tak nak saya kecewa.

“Kisahnya, cita-cita dia memang nak pergi boarding school. Dapat panggilan interview di cawangan lain. Sekolah tu memang masih baru. Semua nampak baru dan cantik. Kemudian dapat panggilan masuk cawangan lain yang terkenal sangat bagus dan menjadi idaman mommy dan parents lain.

“Dia excited dan bersemangat pagi tu. Bila sampai, yup cawangan tu memanglah ‘senior’. So nampak agak lama. Dia terdiam saat masuk ke hostel. Macam tu jugak mommy (boleh ke anak aku duduk?). Tapi Mommy tak tunjuk depan dia.

“MASA KEMAS-KEMAS, DIA DIAM JE TAPI IKUT JE CAKAP MOMMY SUH ITU INI. MOMMY CUBA BERL4GAK MACAM TAKA DA APA JADI DAN CUBA CERIA-CERIAKAN DIA. TAPI DIA TETAP DIAM. MOMMY TANYA ‘RYAN OK X?’ DIA JAWAB ‘RYAN OK MOMMY’.

“Sampai satu masa, makngah dia tanya ‘nape Ryan diam?’ Dia jawab ‘Ryan nak balik. Tempat ni macam…’ Makngah dia cite kat mommy selepas tu. Memang berat untuk Mommy lepas. Mommy tau mommy tak pernah biarkan anak-anak mommy kekurangan apa pon. Mommy paham apa Ryan rasa. Sebab Mommy ibu, sekilas ikan di air. Dari air muka dan gerak geri dia.

Allah pilih Ryan

“Tapi Mommy buat-buat tak tahu apa dia bagi tau makngah dia. Masa Mommy peluk Mommy bisik kat telinga dia.’Ryan, insan terpilih. Dalam ramai yang mohon, Ryan antara yang terpilih ke sini.

“Mommy tau tempat ni tak nampak hebat tapi ilmunya yang hebat. Ingat, niat Ryan nak apa. Kenapa ALLAH letakkan Ryan di sini? Semuanya ada sebab. Jangan tolak hadiah dari ALLAH..’.

“Dalam hati Mommy, Tuhan je yang tau. Aku tak pernah besarkan dia dalam serba kekurangan pun,”kongsinya.

Ditanya oleh ibu-ibu lain bagaimana anaknya dapat memasuki sekolah berasrama penuh ulul Albab ini, kata Rita, dirinya sendiri terkejvt kerana anaknya dapat memasuki MRSM ini kerana datang dari sekolah swasta.

“Sebab saya ingat memang dah tak ada harapan,” katanya yang memaklumkan untuk diterima masuk ke sini mesti cemerlang dalam hafazan.

“Alhamdulillah, Ryan ini memang suka Al-Quran dan banyak hafal sendiri. Masa temuduga kemasukan, pihak pengurusan bagi surah random. Satu surah kena hafal 10 minit selain ada exam akademik. Masa lepas exam tu, Ryan cakap dia dapat hafal semua,” katanya menceritakan perjalanan anaknya sebelum memasuki MRSM tersebut.

Melepaskan anak yang tidak pernah berenggang sejak dari kecil, ketika di awal kemasukan anaknya April lalu, Rita menjelaskan dirinya seorang ibu yang normal.

“Rasa sakit, rasa pedih itu dah biasa. Macam mana hujan lebat hari ni macam tau derasnya air mata saya hari ni. Air mata gembira bercampur dengan sebuah rasa.

“Rasa itu adalah rasa cinta, sayang, rindu. Kami tidak pernah berenggang, hari ni kami berjauhan. Mommy sedih sampai dada sakit,” tulis pelakon berusia 47 tahun ini.
Tapi apa yang pasti, ramai menyokong dirinya. Bahkan Rita turut berkongsi gagal sebagai isteri bukan bermakna gagal sebagai ibu.

Ya dirinya, tidak gagal bahkan sangat hebat. Ia juga sebuah perjuangan buat ibu-ibu lain agar tidak lemah kerana kejadian manusia itu adalah sehebat-hebat kejadian ciptaan Allah. Biarlah dibuktikan dengan kejayaan anak-anak kerana itulah kemanisannya.

@ritrud727

👩‍👦‍👦 rindu…………….

♬ original sound – Rita Rudaini

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Mingguan Wanita