‘Gorgeous ERRA FAZIRA’! Bekas Ratu Cantik Ini Tak Dimamah Usia & Jelita Usia 49 Tahun!

Tanggal 9 Februari merupakan hari ulang tahun kelahiran primadona tanah air, Erra Fazira! Genap berusia 49 tahun, tidak dinafikan aura dan pesona Erra Fazira masih memikat pandangan ramai sampai ke hari ini.

Biarpun mencecah usia lewat 40an, Erra bijak menjaga penampilan diri dan kecantikan. Dalam kesibukan kerjaya sebagai anak seni, duta dan ahli perniagaan pun dia aktif mengamalkan gaya hidup sihat dan bersukan.

Apatah lagi, Erra merupakan bekas Ratu Cantik Malaysia. Pastinya dia perlu menjaga ketrampilan diri.

Walau usia makin meningkat, ia nyata tidak menjadi penghalang buat pemenang anugerah Pelakon Filem Wanita Popular tersebut untuk melakukan aktiviti las4k dan bersukan.

Misalnya pada Disember lalu, pemilik nama Fazira Wan Chek ini berkesempatan meluangkan masa bermain bola jaring bersama kelab peminat setianya. Bukan saja popular dan cantik, Erra juga ramah dan menghargai para peminat yang banyak menyokong kerjaya seninya selama ini.

Aktres filem Maria Mariana ini juga dilihat gemar beriadah seperti berbasikal bersama teman-teman dan anak tersayang, Engku Aleesya.

Tak hairanlah dia mampu mengekalkan susvk tubuh langsing dan kekal berstamina. Malah, peminat Erra sendiri mengetahui figura ini seorang wanita yang berjiwa las4k dan aktif bersukan.

Mengimbas temu bual Nona bersama Erra ketika dia menjadi penghias cover Nona Oktober 2018, aktres ini mended4hkan jika tidak bergelar selebriti dia mungkin menjadi ahli perniagaan.

“Saya rasa saya akan menjadi seorang businesswoman. Sebab saya suka berniaga. Dari saya kecil lagi saya dah berniaga. Kecil-kecil dulu saya pergi sekolah.. saya berniaga keropok. Sayalah yang menggoreng, cabut sendiri ubi kayu dan segala-galanya saya buat sendiri.”

Disifatkan sebagai seorang wanita yang berdikari, Erra yang kini berstatus ibu tungg4l enggan melihat perkara itu sesuatu yang menyukarkan. Sebaliknya, mel0ntarkan kata-kata semangat ini buat semua wanita yang melalui nasib sama seperti dirinya.

Jangan mengh3mpas diri.. kita kena bangun. Kita tak ada orang lain untuk kita nak bersandar. Jadi, semua sandaran tu hanya kepada kita. Maka bangunlah. Kita ketepikan tanggapan orang lain terhadap kita. Tapi kadang-kadang yang paling s4kit itu adalah tanggapan daripada keluarga atau saudara-mara sendiri.

Tapi tak apa, itu semua cliche. Kita buktikan bahawa ibu tungg4l boleh membesarkan anak, boleh hidup dengan baik.. boleh didik anak dengan baik. Yang penting, kita balance dunia akhirat.”

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Nona