Selebriti, pengacara dan usahawan terkenal, Noor Neelofa menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-34 tahun pada hari ini.
Titip Ucapan Istimewa Buat Suami
Menerusi hantaran di Instagram, Neelofa dilihat menitipkan ucapan isitimewa buat suaminya, Haris Ismail atau mesra disapa sebagai PU Riz yang setiasa prihatin dalam setiap hal.
View this post on Instagram
“Buat suamiku atas segala bimbingan, kasih sayang dan prihatin dalam setiap hal. Tiada satu pun tentang taggungjawab yang boleh dipersoal kerana insan ini dari hari pertama perkahwinan sehingga sekarang penuhi segalanya dengan baik dengan izin Allah.”-Tulis Neelofa
Dihadiahkan Gelang Tangan Yang Sepadan Dengan Cincin Perkahwinan
Istimewa sempena hari lahirnya pada hari ini, 10 Februari, Neelofa menyatakan bahawa suaminya telah menghadiahkannya seutas gelang tangan yang sepadan dengan cincin kahwinnya.
“Saya tak pernah meminta itu dan ini tapi masyaAllah, selalu cuba untuk bahagiakan isterinya.
Istimewa hari lahir, dihadiahkan gelang tangan yang sepadan dengan cincin kahwin, terima kasih suamiku. Semoga Allah SWT sentiasa kurniakan ketenangan, kebahagiaan, kesejahteraan dalam keluarga kita ❤️🤲🏼.”-kongsi Neelofa
Kami turut mahu mengucapkan selamat menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-34 buat Neelofa. Semoga terus sukses!.
Sekadar info, Neelofa telah mendirikan rumah tangga bersama pendakwah bebas yang juga pelakon, PU Riz pada 27 Mac 2021 di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur. Pasangan ini turut dikurniakan cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal yang dilahirkan pada 29 Januari 2022.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber:Murai.my