Ramai Terpegun Lihat Kecantikan Husna Mustaffa, Tak Sangka Rupanya Model Muslimah Ini Adalah Ibu Anak Dua

Peminat fesyen Muslimah tentu sekali familiar melihat wajah Husna Mustaffa. Model jelita berusia 34 tahun ini seringkali menjadi wajah pilihan Galeri Ariani, Tudung People, SofeaRose, Ameera Zaini, Bawal House serta pelbagai lagi jenama tersohor di Malaysia.

Tidak mensia-siakan bakat yang ada, Husna juga bergiat aktif sebagai pelakon dan pernah membintangi beberapa drama popular. Antara yang sedang h4ngat ditayangkan sekarang adalah drama Mencari Kiblat Cinta bersama Syazuwan Hassan dan Shah Hazvee terbitan produksi Darling Ngasri.

Malah bermula hari ini, Husna bakal memulakan penggambaran drama bersiri 13 episod untuk TV Alhijrah. “Demi melancarkan urusan shooting drama, saya akan berehat sekejap daripada bidang peragaan. Urusan bisnes pula berjalan seperti biasa dan waktu pandemik ini kami beroperasi hanya dalam talian,” kata Husna yang turut bergelar usahawan Hanalluna.

Pemilik nama sebenar Sharifah Husna Syed Mustaffa ini juga merupakan anak jati Johor Bahru dan merupakan anak kedua daripada empat adik-beradik. “Adik-beradik saya semuanya perempuan tapi saya seorang saja yang terjvn ke bidang seni. Yang lain semua kerja dalam bidang profesional.”

Meskipun terjun ke bidang lakonan agak lewat berbanding pelakon senior lain, Husna bertuah kerana laluan untuk memegang watak utama agak mudah baginya.

Tambahan pula, dia sudah berumah tangga dan mempunyai dua cahaya mata iaitu Putera Adam Harith, 11 tahun, dan Puteri Adra Hana, 8 tahun.

“Tidak dinafikan kerjaya saya agak terkesan sewaktu pandemik. Banyak projek yang ditunda sebab kami tak dibenarkan bekerja ketika PKP. Tapi saya bersyukur masih boleh jana income dengan perniagaan pakaian secara dalam talian.

Husna disamping suami tercinta,

Mazrul Effendy Bahagia keluarga kecil Husna Mustaffa

Masa PKP dimanfaatkan bersama anak-anak

Tapi walaupun janggal mulanya dengan perubahan, dari seorang yang kuat bekerja tiba-tiba disuruh duduk di rumah, lama-kelamaan saya jadi suka dan selesa dapat meluangkan masa dengan keluarga. Saya dapat pantau pembelajaran anak-anak dan buat lebih banyak aktiviti bersama,” ujar Husna berterus-terang.

BUAL CANTIK

Tidak puas bertemu si cantik ini kalau tidak bertanyakan rahsia kecantikannya. Mujurlah banyak perkongsian Husna yang boleh kita praktikkan, umpamanya cara menguruskan badan dengan bermain badminton!

Mengakhiri pertemuan, Husna turut menyatakan harapan beliau dalam kerjaya. “Saya mahu capai tahap yang tinggi lagi. Seperti dalam bidang peragaan, alhamdulillah saya dah capai tahap yang diingini, dikenali sebagai seorang model Muslimah Malaysia.

Dalam bidang lakonan pula, saya target mahu dikenali sebagai seorang pelakon Malaysia yang berbakat. Itu pun sudah memadai bagi saya,” akhiri beliau.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Nona