Umum sedia maklum kesemua finalis di Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL 37) telah memberikan persembahan yang terbaik buat para penonton yang berada di Axiata, Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur mahupun di rumah.
Bagaiamanapun, menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh TV3 Malaysia di laman TikToknya, gelagat penyanyi Liza Hanim telah berjaya mencuri perhatian ramai gara-gara dia berselor0h dengan tidur sekejap ketika menunggu keputusan barisan pemenang.
Video:
@tv3malaysia Tahniah Alif Satar and The Locos, Lagu Anugerah Terindah pemenang Tempat Ketiga Anugerah Juara Lagu 37 #AJL37 #DimensiMuzik #TV3Malaysia ♬ original sound – TV3Malaysia
Dalam video yang berdurasi pendek itu, beberapa aksi yang mencuit hati telah berjaya di rakam oleh pihak televisyen yang menunjukkan beberapa orang artis sedang leka berbual bersama rakan telah mencetuskan pelbagai reaksi netizen.
Bukan itu sahaja, netizen turut terhibur dengan perubahan riak wajah penyanyi Alif Satar yang begitu terkejut apabila lagu Anugerah Terindah bersama The Locos telah diumumkan sebagai tempat ketiga sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000 bersama sebuah trofi.
Dalam pada itu, ramai yang berkesempatan menitipkan ucapan tahniah buat para pemenang yang berjaya mendapatkan tempat dalam pertandingan berprestij tersebut.
Sekadar info, penyanyi Aina Abdul telah dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL 37) dan telah membawa pulang hadiah utama berjumlah RM100,000 dan sebuah trofi.
Malah, dia juga membawa pulang trofi Vokal Terbaik apabila persembahannya melayakkan penyanyi berusia 29 tahun itu untuk mer4ngkul trofi berserta wang tunai RM12,000.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: TikTok @TV3 Malaysia