Tanggal 13 Februari lalu genap lapan tahun usia perkahwinan pasangan selebriti Fadzil Zahari dan Yana Samsudin.
Mengabadikan ulang tahun tersebut, Fadzil atau Fadzil Bahri Zahari, 40, berkongsikan gambar-gambar hari bahagianya bersama aktres tersebut di laman Instagram miliknya.
Menerusi ruangan kapsyen, Fadzil turut mengimbas kembali momen ketika dia meminta izin daripada arw4h bapa mentuanya untuk memperisterikan Yana.
“Tak berkelip mata abang (Fadzil) bila tengok balik kehenseman abang lapan tahun lepas, ditambah lagi dengan keyakinan bila dapat tawan seorang bangsa Johor.
“Waktu tu abang tak pikiaq panjang dah, nak balik kampung raya jauh ka, highway jem 14 jam ka, abang tak peduli.. walau seorang Utara, seorang Selatan.
View this post on Instagram
“Waktu Yana tengah sibuk dekat separuh akhir Muzik Muzik dengan Tomok, abang bawak family pergi ke Yong Peng, Johor.
“Abang cakap dengan abah Yana, ‘Pakcik, dewan kenduri di Kedah dah booking bulan 3, jadi kenduri di Yong Peng kena buat bulan Februari’.
“Yakin ja abang cakap camtu, nasib baik abah Yana pencen askar tak belasah abang hahahaha.. suka hati ja lock anak dara dia macam tu.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
“Alhamdulillah Allah lindung abang, tak kena pvkul ka apa, kami selamat bernikah 13 Februari 2015,” tulis Fadzil.
Menerusi posting itu juga, Fadzil yang merupakan adik kepada aktor dan pengarah Farid Kamil itu mendoakan agar rumah tangga yang dibinanya bersama Yana akan kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.
“Know know dah lapan tahun, dua orang anak sihat, abang pun makin sihat.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
“Moga Allah panjangkan jodoh hingga Jannah dan abang doakan hangpa yang single pun berjumpa jodoh sendiri bukan menjaga jodoh orang lagi.
“Nota kaki: kahwin orang Johor kena stanby sampul duit, kena tol panjang,” selor0h Fadzil.
Untuk info, Fadzil dan Yana, 39, berkahwin pada 13 Februari 2015 dan hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Aisy Mateen, 7, dan Aura Aisy Sofea, 3 tahun.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : https://www.mediahiburan.my/