Kurang kesedaran mengenai masalah keresahan atau ‘anxiety’ sebelum ini menyebabkan penyanyi, Stacy Anam, 33, mengalami g4strik kr0nik atau refluks gastroesofagus (Gerd).
Stacy atau nama sebenarnya Ummu Syaikhah Stacy Anam berkata, dia mewarisinya daripada bapa dan tidak sangka banyak perkara boleh menyebabkan peny4kit itu termasuk banyak makan cili.
“Dari dulu suka makan cili, rupanya cili itu ‘trigger’. Penata rias saya, Yana mel4rang saya makan cili menjelang konsert. Patutlah tangan bergetar tiba-tiba.
Kalau nak cakap berdebar, ini bukan berdebar. Tengah bersenam, lepas bersenam pun masih rasa.
“Rupanya, memang keturunan ada Gerd. Bapa saya pun memang ada Gerd. Patutlah ada g4strik, selalu mvntah, rasa masam, sudah makan pun masih rasa masam, refluks terlalu tinggi.
“Bila ingat balik bapa pun pernah kena hantar dirawat di sini (Kuala Lumpur) kerana jantung terlalu laju. Dia pun selalu sendawa, alih-alih memang keturunan,” katanya.
Dengan bantuan keluarga, Stacy mampu menanganinya tanpa perlu mendapatkan rawatan daripada pakar. Cara sokongan mereka lebih kepada tekankan aspek kesihatan dan psikologi positif.
“Tidak ada berjumpa pakar, kaunseling atau maklumkan pasal peny4kit itu. Saya juga sangat rapat dan terbuka dengan keluarga. Bila bercerita mengenainya, mereka pun terbuka, jadi rasa perkara itu normal.
“Bila berkurung sendiri dalam bilik pun, keluarga menj3rit suruh keluar. Perasaan itu secara autom4tik akan hilang. Paling tervk saya akan mvntah,” katanya.
Stacy akui bukan mudah tapi kena kuat mengawal peny4kit terbabit. Sebolehnya, dia nasihatkan mereka yang berdepan masalah sama agar tidak layankan perasaan itu.
“Saya cuma nak pesan, cakap terbuka saja pasal hal ini. Jangan simpan biarpun luaran tengah gembira, tapi dalaman tengah mend3rita. Jangan layankan ke arah yang tak baik.
“Memang senang nak cakap, tapi bila terkena s4kitnya sampai terdiam. Tidur sudah cukup, bersenam pun buat, apa lagi yang tak kena? Tapi mungkin sudah terbiasa, faham dengan peny4kit itu, jadi biarlah terlayan,” katanya.
Stacy ditemui pada pelancaran lagu baharunya berjudul Teriak. Dia juga bakal mengadakan konsert sulungnya di Dewan Filharmonik Petronas, Kuala Lumpur pada 25 Februari ini.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : HMETRO ONLINE