Nama pasangan personaliti media sosial terkenal dengan saluran Duriankimci iaitu Ryzal Ibrahim dan Maryam You Narae tidak perlu diperkenalkan lagi. Mana tidaknya, setiap video memaparkan ketelah mereka sentiasa mencuit hati terutama gelagat wanita berasal dari Korea Selatan ini.
Jika sesiapa mengikuti platform media sosial pasangan ini terutama Maryam, pasti sedia maklum dia kini sudah berhijab dan meminta orang ramai mendoakan agar terus istiqamah.
Bagaimanapun, terbaharu Maryam mend3dahkan dia terpaksa menolak tawaran untuk photoshoot berikutan diminta untuk membuka tudungnya. Bukan itu sahaja, pihak terbabit juga memintanya untuk menipu.
“Maryam reject buka tudung untuk photoshoot sebab mereka cakap kalau orang tanya cakap saja photoshoot tu buat sebelum saya pakai tudung. Allahuakbar, saya tak sanggup lah buat macam tu, so saya reject terus,”tulisnya dalam satu hantaran.
Apa yang membuatkan wanita berusia 29 tahun itu kecewa dan seakan tidak percaya apabila sebuah jenama terkenal memintanya untuk berbuat demikian.
“Saya rasa macam tak percaya brand ni minta saya buat macam tu walaupun highly known brand di Malaysia tapi memiliki pemikiran rendah. Dimanakah rasa hormat kamu? Adakah anda rasa wang boleh membeli segalanya?”luah Maryam.
View this post on Instagram
Tegas Maryam, dia tidak akan sesekali membuka tudung meskipun ditawarkan bayaran lumayan untuk kerja berkenaan.
“You suruh saya buka tudung sebab brand you besar? You nak bagi RM100,000 ke RM1 juta ke, tiada sebab saya kena buka tudung,”tegas ibu kepada anak seorang.
Dalam pada itu, Maryam meluahkan rasa syukur kepada Allah kerana menguatkan hatinya untuk terus istiqamah memakai hijab selain tidak tertawan dengan godaan wang yang ditawarkan.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : OMM via Instagram @maryamyunrrr