Nyanyi Sambil Us4p Perut, Peminat Teruja Lihat ‘baby bump’ Wany Hasrita

Penampilan penyanyi Wany Hasrita semakin menjadi perhatian ramai setelah hadir memeriahkan malam Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37) pada 12 Februari lalu apabila dikatakan sedang hamil anak sulung.

Tul4r pula video nyanyi pegang perut, pinggang belakang

Terbaharu, tul4r pula sebuah video memaparkan penyanyi berusia 30 tahun itu sedang melakukan sesi latihan raptai sebelum berlangsungnya persembahan bagi majlis pertunjukan fesyen koleksi tudung raya jenama Kekaboo.

Menerusi video dikongsikan oleh @tudungkekaboo, kelihatan pemilik nama Nurshazwany Hasrita Hasbullah  yang sedang menyanyikan lagunya berjudul Canggung sambil memegang pinggang belakang dan perutnya.

“Kak Boo tak sabar nak tengok persembahan penuh Wany Hasrita sekejap lagi,”tulis pemilik akaun TikTok berkenaan.

@tudungkekaboo Kak Boo is tak sabar nak tengok full performance Wany Hasrita kejap lagi #kekabooraya2023 #fashionshow ♬ original sound – Tudungkekaboo

Comelnya ‘baby bump’ Wany

Penampilan Wany dalam hantaran video tersebut berjaya mencvri perhatian ramai di mana warganet teruja melihat bentuk perutnya seperti sedang hamil (baby bump).

Mereka turut mendoakan agar Wany dan bayi dalam kandungan dalam keadaan sihat meskipun dia masih belum mahu mengumumkan berita gembira kepada khayalak ramai.

Tunggu masa sesuai

Sementara itu, Wany memberitahu belum tiba masanya untuk berkongsi berita kehamilannya kepada umum. Katanya lagi, adalah lebih baik sekiranya dia menunggu kandungannya sedikit kvat.

“Saya rasa lebih baik tunggu sehingga trimester ketiga adalah waktu sesuai untuk dikongsikan. Ini kerana pada waktu itu keadaan bayi lebih stabil dan sangat diumumkan.

“Jangan risau, saya akan umumkan jua perkara yang baik. Namun, setakat ini tiada apa-apa yang boleh saya kongsikan,”ujarnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by WANY HASRITA (@wanyhasrita)

Untuk rekod, Wany atau nama lengkapnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah selamat bergelar isteri kepada Mohd. Al-Adib Fahmi Harun pada 22 Julai tahun lalu.

Pasangan itu dinikahkan bapa pengantin perempuan, Hasbullah Hassan dengan disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan Qariah Masjid Al Mukarramah, Daerah Petaling, Mat Syaharuddin Al Rasyid Mat Isa.

Sumber: TikTok @tudungkekaboo, Astro Gempak (Syafiqah Jalal)

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook