Ramai terhibur bila tengok gelagat pengacara cantik jelita Uyaina Arshad ketika berkongsi pengalamannya bermain ‘sand-boarding’ di pasang pasir di Abu Dhabi.
Memang tak ‘cover’ cantik langsung! Menerusi hantaran yang dikongsikan Uyaina, gara-gara permainan itu, sampai terkeluar hingus dibuatnya sebab terkena tempias pasir.
“Sand-boarding di Al-Khatim Desert. Pengalaman yang tidak boleh dilupakan. Hingus terkeluar, bulu mata tercabut.
“Muka dan mulut penuh dengan pasir. Rasakan!” tulis Uyaina.
Menerusi rakaman yang dikongsikan, memang jelas kelihatan hingus pengacara Wanita Hari Ini itu meleleh sebab pasir masuk ke dalam hidungnya.
@uyaina Hingus keluar. Bulu mata nak tercabut. Muka penuh pasir. Nak sangat kan sand-boarding. Rasakan! 😂 Mintak tolong member, member gelakkan je. #Redha #wanderlust #AbuDhabi #uae🇦🇪 #sandboarding ♬ original sound – byUA
Kalau orang lain memang dah rasa malu nak kongsikan keadaan diri sebegitu. Tapi Uyaina selamba sahaja berkongsi keadaan wajahnya yang selekeh.
Dalam ruangan komen, rata-rata pengikut terhibur dengan gelagat lucu Uyaina.
Komen netizen:
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : kosmo.com.my