“Aku Terima Orang Ketiga Sepenuh Hatiku” – Pelakon Zaki Azeman Umum Isteri Hamil Anak Sulung

Isteri kepada pelakon, Zaki Azeman iaitu Raa Suzuran berkongsi khabar gembira apabila mendedahkan dia kini sedang h4mil cahaya mata pertama.

Perkara tersebut dimaklumkan Raa menerusi satu hantaran video yang dikongsikan menerusi TikTok.

“Bismillah… berbulan Raa edit dan simpan video ni. There is always a reasons and why kita tak share about our privacy and now kita dah ready nak share dengan korang.

“Jadi dah tak ada eh makcik bawang nak tanya yang pelik-pelik,” kongsinya.

Pada hantaran sama, Raa turut mendoakan agar yang baik baik buat pasangan suami isteri yang masih ikhtiar untuk mempunyai anak sendiri.

“Dan sudah tentu, Raa doakan juga untuk korang yang masih berusaha untuk mendapatkan zuriat,” katanya lagi.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan rasa syukur dan tahniah atas rezeki zuriat.

Perkhabaran itu turut dikongsikan pasangan ini menerusi Instagram.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Zaki Azeman 🇲🇾🇹🇭 (@zakiazeman_)

Terdahulu, Zaki Azeman bergelar suami kepada Siti Nur Shahira Ahmad atau lebih dikenali sebagai Raa pada 29 Mei 2022.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : MH