“Kejayaan Ini Tiada Makna Tanpa Awak..” Hafiz Mahamad Tarik Tangan Isteri Ke Pentas Buat Ramai Seb4k!

Usahawan dan influencer terkenal, Hafiz Mahamad meluahkan rasa syukur apabila dia telah berjaya merangkul pemenang utama Gempak Most Wanted Awards 2022 (GMWA22) dan anugerah Digital Influencer Tergempak, malam tadi.

Menurut hantaran yang dimuat naik oleh Hafiz di laman Instagramnya, dia tidak menyangka sama sekali bakal menerima dua anugerah tersebut dan percaya rezeki yang diterimanya adalah hasil daripada menumpang rezeki isteri.

“Dua anugerah serentak semalam. Demi Allah, selama saya bersahabat dengan kamu di laman sosial. Tak terlintas niat saya untuk dibalas, dihargai dan lebih-lebih lagi menerima award.

“Jika ini ada lah rezeki, saya percaya. Ini adalah rezeki untuk “lelaki yang hanya menumpang rezeki isteri” dan awak semua,” ujarnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)

Bukan itu sahaja, Hafiz atau nama sebenarnya Abdul Hafiz Har1suddin Mahamad memaklumkan isterinya, Syafiqah Aina enggan naik ke pentas namun selepas Hafiz memaksa Aina untuk naik ke pentas sekali untuk menerima anugerah tersebut.

Dalam pada itu, dia menzahirkan ucapan terima kasih kepada pekerjanya yang selama ini memberi sokongan dan tvlang belakang yang membantu berjaya sehingga ke tahap ini.

“Waktu naik ke pentas semalam, saya pimpin tangan isteri walaupun dari rumah lagi dia kata “abang jangan ajak sayang naik stage” nanti malu!

“Tidak Aina perlu ada. Sampai nafas terakhir, saya tak akan terima apa-apa anugerah tanpa dia ditepi, kerana saya malu. Biarlah semua ni kita rasa sama-sama.

“Untuk awak yang menyokong, terima kasih. Awak dah bahagiakan isteri & pasukan saya. Saya terhutang budi dan saya akan balas semuanya semampu yang boleh,” katanya.

Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa seb4k ketika melihat Hafiz menarik tangan isterinya untuk naik ke atas pentas menerima trofi tersebut.

Dalam pada itu, netizen turut tidak melepaskan peluang dalam menitipkan ucapan tahniah buat pasangan tersebut atas anugerah yang diterima oleh mereka.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: Instagram @hafizmahamad